Wednesday, 20 September 2017

Anak Muda Tak Berminat Mengundi.. Ini Sebabnya

Anak Muda Tak Berminat Mengundi.. Ini Sebabnya. Sebahagian besar pengundi muda berpendapat Malaysia sedang menuju ke arah negara yang gagal, menurut tinjauan umum

Menurut tinjauan bertajuk “Persepsi Anak Muda Mengenai Ekonomi, Kepimpinan dan Isu Semasa”, 57% daripada 604 responden yang ditemubual badan kaji selidik Merdeka Center, berpendapat negara sedang menuju ke arah negara gagal.

Anak Muda Tak Berminat Mengundi.. Ini Sebabnya. Kira-kira 49% daripada mereka yang menganggap demikian memberikan ekonomi sebagai alasan, diikuti isu politik, kepimpinan dan rasuah.

Pandangan seperti itu didorong oleh cara mereka melihat keadaan kewangan peribadi mereka sendiri.

Sebanyak 51% melihat inflasi sebagai isu utama diikuti rasuah (34%). Manakala kurang 10% melihat skandal 1MDB sebagai punca utama iaitu 6%, diikuti tuduhan terhadap integriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (5%) dan hubungan antara kaum (5%).

Anak Muda Tak Berminat Mengundi.. Ini Sebabnya


Menilai kepuasan terhadap kerajaan, 67% daripada responden berkata mereka tidak berpuas hati.

Tinjauan ini dijalankan pada 3-8 Ogos bersama Watan, sebuah NGO berkempen menggalakkan belia mengundi.

Anak Muda Tak Berminat Mengundi.. Ini Sebabnya. Seramai 604 responden berusia antara 21-30 tahun di semua negeri dan kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia ditemu bual. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...