Tuesday, 12 September 2017

Almarhum Sultan Kedah Dimakamkan Di Makam Diraja Langgar

Almarhum Sultan Kedah Dimakamkan Di Makam Diraja Langgar. Rakyat jelata, yang berhasrat  memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Baginda Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, boleh berbuat demikian di Istana Anak Bukit di sini bermula 11 pagi hingga 12.30 tengah hari esok.

Menurut aturcara yang dikeluarkan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja, orang ramai diminta berpakaian rasmi dan sopan ketika hadir di Balai Penghadapan istana bagi upacara tersebut.

Almarhum Sultan Kedah Dimakamkan Di Makam Diraja Langgar. Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja itu akan dimulakan dengan bersiram, mengkafan jenazah serta menabur cendana pada 8 pagi.

Ini disusuli dengan solat jenazah dan penghormatan terakhir bagi orang awam dan kenamaan di Balai Penghadapan istana.

Almarhum Sultan Kedah Dimakamkan Di Makam Diraja Langgar


Sejurus sebelum pengiringan jenazah ke Makam Diraja Langgar untuk pemakaman, istiadat Pengisytiharan Keputusan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja dijangka berlangsung pada 1.30 petang.

Almarhum Sultan Kedah Dimakamkan Di Makam Diraja Langgar. Pemakaman dijangka bermula pada 4 petang disusuli dengan majlis tahlil serta doa selamat. - bernama




Iklan
ImageImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...