Thursday, 28 September 2017

Akhirnya Rahsia Pertemuan Najib - Trump Terbongkar?

Akhirnya Rahsia Pertemuan Najib - Trump Terbongkar. Minggu lalu saya telah menulis tentang bahasa badan Presiden Trump ketika bertemu dengan Najib. Kita semua dapat melihat klip perjumpaan ini dalam YouTube. Lihat betapa kurang ajarnya Presiden Amerika yang ke 45 ini.

Saksikan betapa angkuhnya Si Trump ini ketika dia memandang ke arah Najib. Matanya turun-naik-turun-naik. Apabila Najib membuka mulut Si Trump ini hanya berpeluk tubuh. Bahasa badan Trump menunjukkan dia sedang melihat Najib sebagai budak lekeh.

Akhirnya Rahsia Pertemuan Najib - Trump Terbongkar?Jika berpeluk tubuh ketika orang di hadapan mata kita sedang bercakap ini adalah bahasa dan perangai Mat Gedebe. Ini bahasa samseng.

Presiden Trump jelas dilihat saperti Abang Polis sedang menahan imigran Bangladesh. Imigran Bangla ini kelihatan gelabah lalu berjanji akan mengeluarkan duit simpanan dari sakunya untuk menyogok Abang Polis. 

Imigran Bangladesh juga berjanji akan membeli asap rokok Abang Polis asalkan dia tidak ditangkap.

Klip video perjumpaan Najib dengan Trump ini disebarkan dari Rumah Putih sendiri. Ini pasti kerja orang dalam. Mengapa ini terjadi?


Akhirnya Rahsia Pertemuan Najib - Trump Terbongkar?


Kisahnya begini: Presiden Trump diserang hebat oleh The New York Times, Washington Post, Wall Street Journal kerana menjemput Najib datang ke Rumah Putih. Akhbar-akhbar berpengaruh dari Amerika ini memandang Najib sebagai ‘penyamun tarbus’.

Paling memalukan ialah apabila majalah Newsweek membuat induk berita memanggil Najib sebagai 'The Malaysian crook'.

Tutup seluar koyak

Semua yang berlaku ini disedari oleh Trump. Maka langkah terbaik untuk Trump mencairkan kutukan terhadap dirinya kerana berjumpa Najib ialah dengan mengeluarkan klip video yang bertanda RAW dalam YouTube. Raw ini ertinya belum disunting.

Akhirnya Rahsia Pertemuan Najib - Trump Terbongkar? Klip ini bermula dari belakang pintu pejabat Trump kemudian masuk ke wilayah meja tamu. Ini bertujuan untuk membuktikan kamera ini milik orang dalam. 

Baca selanjutnya DI SINI.




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...