Friday, 29 September 2017

24 Penduduk, Bomba Sesak Nafas Hidu Gas Klorin

24 Penduduk, Bomba Sesak Nafas Hidu Gas Klorin. Seramai 24 orang penduduk di Kampung Tambak Paya di sini terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka akibat mengalami sesak nafas dipercayai terhidu gas klorin, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, tiga anggota bomba yang sedang menjalankan tugas turut menjadi mangsa.

Selain itu, pihak berluasa turut mengarahkan lebih 250 penduduk di kawasan terbabit mengosongkan kediaman masing-masing atas faktor keselamatan.

24 Penduduk, Bomba Sesak Nafas Hidu Gas Klorin. Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh tong mengandungi bahan kimia yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab berhampiran kawasan perumahan di situ.
                  
Para petugas media turut disarankan memakai penutup hidung bagi mengelakkan dari terhidu bahan kimia terbabit.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.51 petang mengenai kejadian itu.

Menurutnya, anggota Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya serta Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

24 Penduduk, Bomba Sesak Nafas Hidu Gas Klorin


"Sebaik tiba di lokasi pada jam 6.01 petang, pihak kami mendapati terdapat bau yang masih belum dikenal pasti namun ia memberi kesan pedih pada mata dan tekak.

"Semua penduduk di kawasan berhampiran diarahkan mengosongkan rumah masing-masing. Kerja-kerja pembersihan dan menyahcemar bahan kimia sedang dilakukan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

24 Penduduk, Bomba Sesak Nafas Hidu Gas Klorin. Sehingga jam 9 malam tadi, operasi pembersihan masih lagi diteruskan. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...