Saturday, 19 August 2017

Zahid Hamidi Dedah Kelemahan Umno

Zahid Hamidi Dedah Kelemahan Umno. Ahli Umno diingatkan tidak lagi berpecah dan mewujudkan kem tertentu dalam parti, jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cukuplah pembangkang meraih kesempatan memenangi kerusi itu yang selama ini menjadi milik Umno dan Barisan Nasional (BN) disebabkan kelemahan ahli sendiri.

Zahid Hamidi Dedah Kelemahan Umno. “Pembangkang tidak kuat sebenarnya, tetapi kita yang lemah. Bila kita lemah dan berpecah, depa (pembangkang) ambil kesempatan…cukuplah kita berpecah.

“Masalah di Kedah (pada PRU12), pembangkang ambil alih sebab kita ketika itu mahu padankan muka orang dan lepas itu padan muka kita sebab hilang negeri. Pada PRU14 kena tebus maruah untuk dapatkan semula kerusi yang kalah sebelum ini,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Jerai yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.

Menyentuh Umno Bahagian Sungai Petani, Zahid berkata, perpecahan berlaku sebelum ini antara punca parti gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani, Dewan Undangan Negeri Bakar Arang dan Sidam.

Zahid Hamidi Dedah Kelemahan Umno


“Kekalahan ini harus ditebus semula dan tidak mustahil untuk menang semula di kerusi berkenaan, jika kita bersatu,” katanya.

Zahid berkata, semua pihak termasuk parti komponen di kawasan Parlimen Sungai Petani diminta menggandakan usaha merampas semula kerusi berkenaan.

“Saya juga tidak campur urusan parti komponen lain, tetapi minta mereka pilih calon tempatan dan Umno akan menolong capai kemenangan,” katanya.

Beliau berkata, Sungai Petani hak Umno dan BN dan sekiranya semua pihak bersatu padu, sudah tentu pembangkang gagal selepas ini.

Zahid juga meminta ahli Umno jangan menjadi batu api melagakan pemimpin yang akhirnya menyebabkan Umno lemah.

Zahid Hamidi Dedah Kelemahan Umno


Beliau mengejutkan anggota perwakilan apabila menjemput Rahim dan bekas ketua bahagian Umno, Datuk Ali Yahaya ke pentas untuk bersalaman sebagai simbolik perpaduan parti.

“Pemimpin kena ingat mereka berada di atas pentas ini kerana anggota di bawah. Bagi Sungai Petani, selesailah segala masalah dengan roh dan semangat Umno sepenuhnya,” katanya.

Zahid Hamidi Dedah Kelemahan Umno. Timbalan perdana menteri kemudian meluluskan peruntukan RM2 juta bagi melaksanakan projek kecil di kawasan Parlimen Sungai Petani. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...