Sunday, 13 August 2017

SPRM Mengamuk di Pulau Pinang?

SPRM Mengamuk di Pulau Pinang? Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh di Tingkat 53, bangunan Komtar.

Serbuan itu dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas. Lima pegawai itu tiba di pejabat Phee kira-kira 11.30 pagi.

SPRM Mengamuk di Pulau Pinang?  Semalam, SPRM mengambil beberapa dokumen dari pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sepasukan pegawai SPRM tiba di bangunan MPSP kira-kira 10.30 pagi dan beredar dari pejabat pihak berkuasa tempatan itu bersama beberapa dokumen berkaitan kira-kira 3 jam kemudian.

SPRM Mengamuk di Pulau Pinang? 


Menurut sumber, dokumen itu diambil bagi membantu siasatan kes kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi sejak 10 tahun lepas dikatakan tanpa permit di atas tanah berstatus tanah pertanian.

SPRM Mengamuk di Pulau Pinang?  Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Dr Norlela Ariffin pada persidangan DUN yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri pimpinan DAP, malah sesetengah kilang itu tidak mengikut garis panduan keselamatan dan tidak mematuhi prosedur alam sekitar. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...