Friday, 11 August 2017

Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib?

Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib? Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini memulakan siasatan jenayah terhadap dana dilarikan daripada 1MDB, dan memohon menggantung sementara permohonan sivil membekukan aset mewah dan wang dilarikan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia itu.

Dalam permohonan di mahkamah oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam, pihak berkuasa negara itu kini memanjangkan siasatannya untuk mengesan dana 1MDB di seluruh dunia yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan tetapi disalah guna untuk membeli hartanah mewah, barang seni, penerbitan filem dan lain-lain.

Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib? Pegawai DoJ memohon seorang hakim di sebuah mahkamah di Los Angeles semalam untuk menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.

Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan usaha melakukan siasatan jenayah.

Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib?


Dalam permohonannya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Korek korek korek. Korek sampai ke akar umbi. Baru ada um.

    ReplyDelete
  2. Soalan Datuk Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB dalam sidang Dewan Rakyat adalah seperti berikut :

    1 - Mengapa Kerajaan tubuhkan 1MDB?

    2 - Mengapa kita letak lebih kurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands.

    3 - Mengapa tiada tindakan undang-undang diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit (RM16 bilion) di tempat yang tidak betul?

    4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

    5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisahnya?

    6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion?

    7 - Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia?

    Saya (Husni) kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah-tambah 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat?

    8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?

    “Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

    “Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

    “Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.
    celahgelegar at 5:17 PM

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...