Tuesday, 22 August 2017

Rupanya Ini Amalan Haram Dan Tidak Berperlembagaan Polis Dan SPRM?

Rupanya Ini Amalan Haram Dan Tidak Berperlembagaan Polis Dan SPRM? Seorang peguam mempersoalkan tahap kesedaran ketua polis negara mengenai prosedur operasi standard (SOP) Bukit Aman sendiri yang melarang suspek direman dibawa ke mahkamah dengan berpakaian seragam lokap.

N Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai merujuk SOP bertajuk “Prosedur Kualiti Pengurusan Lokap, Bukit Aman” yang dikeluarkan pada 1 Julai 2014.

Rupanya Ini Amalan Haram Dan Tidak Berperlembagaan Polis Dan SPRM? “Polis dengan itu melanggar SOP sendiri setiap hari dalam layanan terhadap suspek direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan amalan membawa suspek ke mahkamah dengan berpakaian lokap supaya pihak keselamatan dapat mengecam dan mengenal pasti tahanan dengan mudah.

Beliau berkata: “Tahanan polis ramai, kita bawa dengan lori ke mahkamah. Kalau dia berpakaian biasa, macam orang biasa, kalau jadi apa-apa kita tak dapat mengambil tindakan dengan pantas.”

Ia selepas Surendran mempersoalkan amalan itu berlawanan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang mahu layanan adil diberikan kepada pesalah undang-undang, di samping melanggar Peraturan Penjara 2000.

Rupanya Ini Amalan Haram Dan Tidak Berperlembagaan Polis Dan SPRM?


Beliau mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa 2 suspek terkenal ke mahkamah untuk permohonan reman dengan berpakaian seragam lokap SPRM berwarna oren.

Dua tahanan itu ialah bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Surendran berkata, tiada peruntukan dalam Peraturan-peraturan lokap 1953 yang memberi kuasa kepada polis untuk membawa suspek ke mahkamah dengan berpakaian seragam lokap kerana undang-undang menganggap orang ditahan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

“Membawa suspek ke prosiding mahkamah dengan berpakaian seragam lokap secara dasarnya salah. Ia adalah prinsip kardinal untuk membenarkan suspek atau tertuduh hadir ke mahkamah berpakaian biasanya, bukannya memakai baju seragam yang memberi kesan melabelkan mereka sebagai penjenayah atau penjahat.”


Rupanya Ini Amalan Haram Dan Tidak Berperlembagaan Polis Dan SPRM?


Wakil rakyat PKR itu berkata, ia melanggar hak suspek atau tertuduh untuk dibicarakan secara adil di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, apabila mereka dipaksa berpakaian seragam lokap di depan hakim.

Sehubungan itu, beliau menggesa ketua polis negara dan ketua pesuruhjaya SPRM tidak mempertahankan amalan haram dan tidak berperlembagaan itu.

Rupanya Ini Amalan Haram Dan Tidak Berperlembagaan Polis Dan SPRM? “Amalan ini perlu dihentikan serta-merta. Ia tidak boleh diteruskan walaupun untuk sehari lagi.” - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...