Tuesday, 29 August 2017

RCI Forex : Tembelang Timbalan Gabenor Bank Negara Terbongkar

RCI Forex : Tembelang Timbalan Gabenor Bank Negara Terbongkar. Seorang bekas pengurus akaun di Jabatan Akaun Negara mendakwa timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengarahkan Jabatan Akaun Negara membuat pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan bank pusat itu berikutan kerugian akibat dagangan mata wang asing.

Saksi ke-8, Saleha Lajim memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja, atas arahan itu Jabatan Akaun Negara menyediakan draf untuk dikemukakan kepada gabenor melalui penasihat untuk diluluskan, dan kemudian diserah semula kepada jabatan untuk dibuat pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan.

RCI Forex : Tembelang Timbalan Gabenor Bank Negara Terbongkar. Saleha menamakan Tan Sri Lin See Yan sebagai timbalan gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Tan Sri Ahmad Mohamad Don sebagai gabenor dan Lee Siew Kwan dan Haji Fazli sebagai penasihat.

“Sebagai contoh, kerugian akibat forex itu akan dicajkan ke akaun rezab turun naik nilai pelaburan (investment fluctuation reserve) dan rezab turun naik kadar pertukaran (exchange rate fluctuation reserve),” kata Saleha.

“Seingat saya draf yang diluluskan oleh gabenor itu akan disimpan oleh Jabatan Akaun,” tambahnya.

RCI Forex : Tembelang Timbalan Gabenor Bank Negara Terbongkar


Menurut Saleha, timbalan gabenor ketika itu membuat arahan itu secara lisan, dalam mesyuarat mingguan yang tidak diminitkan di Bilik Mesyuarat Timbalan Gabenor.

Menurut Saleha, Jabatan Akaun akan menyediakan laporan harian aktiviti tukaran mata wang asing yang dijalan Jabatan Bank, yang boleh menunjukkan jumlah harian forex dan status untung rugi aktiviti tersebut. 

Laporan harian itu kemudian disediakan dalam bentuk laporan mingguan yang akan dibawa ke mesyuarat bersama timbalan gabenor dan penasihat.

RCI Forex : Tembelang Timbalan Gabenor Bank Negara Terbongkar


“Dalam mesyuarat mingguan yang diadakan, seingat saya kebanyakan status aktiviti forex yang dijalankan adalah mengalami kerugian dan perkara ini telah diketahui oleh timbalan gabenor masa itu.”

Menurut Saleha lagi, aktiviti forex ada dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan BNM tetapi: “Di dalam penyata tahun 1993 tersebut, ia tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan, tetapi telah dikategorikan sebagai perbelanjaan tertunda (deferred expenditure)”.

RCI ditubuhkan khas untuk menyiasat skandal yang berlaku pada 1990-an di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika itu.

RCI Forex : Tembelang Timbalan Gabenor Bank Negara Terbongkar. Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...