Monday, 14 August 2017

Punca Sebenar Kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0 Tersebar

Punca Sebenar Kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0 Tersebar. Retorik perkauman memainkan peranan besar dalam keganasan yang tercetus pada forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM semalam, kata seorang penganalisis politik.

Prof Madya Faisal S Hazis dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, membangkitkan sentimen itu menambahkan lagi elemen berhaluan kanan dalam pihak tertentu, contohnya pergerakan Baju Merah.

Punca Sebenar Kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0 Tersebar. Katanya, kekecohan yang tercetus pada Forum Nothing to Hide 2.0 adalah hasil perkauman dan agama dijadikan modal politik.

Beliau berkata, ada cubaan untuk memburukkan bekas orang kuat Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada orang Melayu kerana menyertai Pakatan Harapan.

“Sesetengah orang yang tidak bersetuju dengan Dr Mahathir cuba menjadikannya alasan beliau menyertai pembangkang sekarang ialah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan orang Melayu,” katanya kepada FMT.

Forum Nothing to Hide 2.0 yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam, bertukar kecoh kira-kira 5.30 petang Ahad ketika Dr Mahathir menjawab soalan mengenai tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985 semasa beliau menjadi perdana menteri.

Punca Sebenar Kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0 Tersebar


Sebelum beliau selesai menjawab soalan itu, ada individu mula membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar serta melontar ke arah pentas di mana Dr Mahathir berdiri.

Dewan Raja Muda Musa dipenuhi asap dan insiden tumbuk-menumbuk dikatakan berlaku ketika ahli PPBM meluru ke atas pentas untuk melindungi bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu.

Dr Mahathir tidak cedera, tetapi FMT difahamkan sekurang-kurangnya seorang sukarelawan PPBM cedera akibat balingan sebuah kerusi.

Polis mengesahkan 3 suspek berusia 17 hingga 19 tahun, termasuk 2 pelajar kolej swasta ditahan bagi membantu siasatan.

Faisal berkata, kejadian hari ini akan berlaku lambat-laun.

“Apabila orang main sentimen seperti ini dalam masyarakat Melayu, anda akan nampak perkara seperti ini berlaku.”


Punca Sebenar Kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0 Tersebar


Beliau berkata, retorik perkauman semakin meningkat selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013 yang menyaksikan kebangkitan pembangkang.

“Pada 2008 dan 2013, orang mula spekulasi mungkin berlaku satu lagi rusuhan 13 Mei, tetapi ia tidak berlaku ketika itu. Ada keperluan untuk kita melangkaui bayangan 13 Mei,” katanya merujuk pertembungan orang Melayu dan Cina pada 1969.

Tetapi, Faisal berkata, kekecohan itu tidak mencerminkan majoriti rakyat Malaysia.

Punca Sebenar Kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0 Tersebar. “Ini mungkin tindakan samseng yang dibayar berbuat demikian atau mereka mungkin penyokong politik yang benar-benar beremosi. Kita hanya boleh membuat ramalan ketika ini.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...