Tuesday, 15 August 2017

Punca Ribena Tarik Balik Produk Tersebar


Punca Ribena Tarik Balik Produk Tersebar. Pengilang Ribena hari ini berkata tindakan sukarela menarik balik sejumlah produk sari berjenama itu sebagai langkah berjaga-jaga kerana disyaki produk dari jumlah tersebut terdedah kepada udara semasa pembotolan.

“Siasatan awal proses pengilangan menyebabkan kami mengesyaki produk itu terdedah kepada udara semasa proses pembotolan,” kata Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd dalam kenyataan.

“Ini nampaknya menyebabkan mutu produk dalam botol yang rawak merosot lebih awal dari tarikh luput,” katanya, dan menambah tindakan mereka itu merupakan langkah berjaga-jaga dalaman.

Ia berkata keputusan untuk menarik balik sejumlah produk sari Ribena semua saiz dari gudang, pengedar dan peruncit berkuatkuasa 12 Ogos dilakukan supaya mutu produk tidak terjejas.

Punca Ribena Tarik Balik Produk Tersebar


“Walaupun tidak semua botol terjejas, pengguna dinasihatkan untuk tidak meminum produk itu jika ia nampak luar biasa, rasa atau bau masam atau mereka meragui mutu produk,” tambahnya.

Syarikat itu berkata siasatan, termasuk ke atas penyebab kemorosotan mutu produk, sedang berjalan dan dijangka selesai awal minggu depan.

“Kamu juga menghentikan pengeluaran produk sari Ribena di kilang pembuatan berkontrak sehingga semua siasatan diselesaikan,” tambahnya.

Produk yang terjejas ialah Ribena Concentrate Blackcurrant Regular (tarikh luput Mei hingga Ogos 2018), Ribena Concentrate Blackcurrant & Glucose (Mei hingga Ogos 2018), Ribena Concentrate Blackcurrant & Strawberry (Februari hingga Mac 2018), Ribena Concentrate Blackcurrant & Blueberry (Februari hingga Mac 2018) dan Ribena Concentrate Blackcurrant & Apple (April hingga Mei 2018).


Punca Ribena Tarik Balik Produk Tersebar


Kenyataan itu juga berkata pengguna mungkin mendapati produk sari Ribena tidak dijual buat masa sekarang.

“Kami menyesali kesulitan ini, tetapi mutu produk dan kesejahteraan pengguna keutamaan kami, kami percaya penarikan balik produk secara sukarela ini dari gudang, pengedar dan peruncit amat penting,” katanya, dan menambah syarikat sedang bekerja keras menyelesaikan isu itu.

Ia juga berkata produk sedia minum seperti Sparkling Ribena, Pek Saku, Minuman Paket, Botol PET dan Pastil tidak terjejas.

Punca Ribena Tarik Balik Produk Tersebar. Pengguna yang meragui mutu produk Ribena diminta menghubungi talian hotline pelanggan Suntory di 1-800-886200. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...