Tuesday, 22 August 2017

Pencarian Kru Kapal USS John S McCain Di Sambung Hari Ini

Pencarian Kru Kapal USS John S McCain Di Sambung Hari Ini. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S McCain, yang hilang dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang dekat sini awal hari ini, dihentikan pada 7.30 malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan dalam kenyataannya malam ini berkata, operasi itu akan disambung semula 7 pagi esok.

Pencarian Kru Kapal USS John S McCain Di Sambung Hari Ini. Operasi SAR hari ini yang bermula 8.45 pagi, dibahagikan kepada 4 sektor meliputi keluasan 100 batu nautika persegi di perairan Teluk Ramunia, Johor.

Kapal USS John S McCain itu berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia kira-kira 5.40 pagi menyebabkan 5 kru kapalnya cedera, manakala 10 lagi terjatuh ke dalam laut dan hilang.

Susulan kejadian itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar 4 kapal, iaitu Kapal Diraja (KD) Handalan, KD Gempita, KD Lekiu, CB90 dan sebuah helikopter Super Lynx untuk membantu kapal APMM dalam operasi SAR.

Pencarian Kru Kapal USS John S McCain Di Sambung Hari Ini


Operasi itu turut melibatkan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain aset APMM termasuk kapal KM Mulia dan 2 bot, iaitu Petir 12 dan Penggalang 39 dari Wilayah Maritim Selatan.

Pencarian Kru Kapal USS John S McCain Di Sambung Hari Ini. Bagi pihak Singapura pula, operasi SAR diketuai Pihak Berkuasa Maritim dan Pelaburan Singapura (MPA) sambil dibantu agensi berkaitan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...