Monday, 21 August 2017

Peguam Dedah Bukti Najib Makin Gabra

Peguam Dedah Bukti Najib Makin Gabra. Rakyat sebenarnya tahu kesediaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua untuk menyiasat satu lagi peristiwa semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak tentu arah dengan faktor Dr Mahathir pada pilihan raya umum nanti, kata seorang peguam.

Haniff Khatri, peguam kepada bekas perdana menteri itu, berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti politik.

Peguam Dedah Bukti Najib Makin Gabra.  “Walau beribu RCI ditubuhkan tentang apa isu sekalipun terhadap Dr Mahathir, pada hakikatnya, rakyat yang prihatin sedar dan tahu ia sebenarnya menzahirkan ‘gabra’ kerajaan Najib Razak dengan faktor Dr Mahathir dan Pakatan Harapan menjelang PRU14,” kata Haniff dalam kenyataan hari ini.

Beliau mempertikaikan niat di sebalik kesediaan kerajaan menubuhkan satu lagi RCI selepas penubuhan suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing 1990-an. RCI itu akan bersidang esok.

“Cuba mencari ‘semut hitam dalam kegelapan malam’ berkaitan isu Memali pula,” kata Haniff.

Beliau mengambil maklum kesediaan kerajaan itu selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 15 Ogos lalu dilaporkan berkata tiada guna mengungkit sejarah hitam itu jika orang yang bersalah tidak meminta maaf dan membayar pampasan dan ganti rugi.

Peguam Dedah Bukti Najib Makin Gabra


PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.

“Bukankah rentetan peristiwa itu menzahirkan bagaimana kerajaan Najib mencetuskan dengan curang isu Memali yang telah berlalu 32 tahun yang lalu, semata-mata kerana ‘gabra’ dengan faktor Dr Mahathir dan PH,” katanya.

Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.

Namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.

Peguam Dedah Bukti Najib Makin Gabra


Isu ini kembali hangat selepas kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas, selepas objek dilontarkan ke pentas semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. isu memali.

    bila diguna utk membelasah Mahathir
    maka pas juga harus dibelasah kerana
    penyelewengan tabung memali dan
    membiarkan waris mangsa tanpa pembelaan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...