Wednesday, 16 August 2017

Nazri Aziz Buat Hal Lagi..

Nazri Aziz Buat Hal Lagi. Menteri Pelancongan dan Budaya Datuk Seri Nazri Aziz menuduh Perkasa dipenuhi rasis selepas gerakan hak Melayu itu membidas majlis pelancaran Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam kenyataan menyifatkan acara pelancaran itu sebagai “terlalu China”.

Nazri Aziz Buat Hal Lagi. Gerakan itu mendakwa majlis yang dihadiri pegawai tinggi kerajaan China dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukti negara “dijajah” melalui ekonomi.

Projek RM55 bilion itu dengan laluan sepanjang 668km dibina dan dibiaya firma milik kerajaan China. ECRL dijangka siap 2024.

Nazri menjawab kenyataan Syed Hassan itu dengan berkata Perkasa berfikiran sempit dan tidak mewakili sesiapa.

“Mereka tidak penting. Mereka bersikap perkauman dan kita tidak bertoleransi dengan orang seperti itu di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di I-City hari ini.


Nazri Aziz Buat Hal Lagi


Syed Hassan dalam kenyataannya turut menyentuh mengenai bahasa Mandarin yang digunakan pengacara majlis, yang disifatkan sebagai perkara “malang”.

“Mungkin dia dibawa dari China. Inilah permulaan penafian status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,” kata Syed Hassan.

Bagaimanapun Nazri berkata dunia bertutur dalam pelbagai bahasa dan tiada masalah berbicara dalam bahasa selain Bahasa Melayu.

“Saya bertutur dalam Bahasa Inggeris sekarang, mereka mahu kecam saya? Teruskan.

Nazri Aziz Buat Hal Lagi. “Jika saya berpeluang mengundurkan masa, saya akan belajar bertutur dalam bahasa Mandarin.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Melayu tak sedar diri ini bakal menganti Aruah Khir Johari yang melupuskan tulisan jawi dalam tahun enam puluhan dan menteri ini akan melupuskan bahasa ibunda sendiri jika sesiapa panjang umur akan melihat kenyataan nanti sejarah tidak pernah berbohong.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...