Thursday, 3 August 2017

Nama Mahathir a/l Iskandar Kutty Betul.. Ini Buktinya

Nama Mahathir a/l Iskandar Kutty Betul.. Ini Buktinya. Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengesahkan nama penuh bekas perdana menteri iaitu “Mahathir a/l Iskandar Kutty” yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah benar.

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, ia kerana ada banyak cara mengenalpasti perkara berkenaan seperti pendaftaran universiti bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Nama Mahathir a/l Iskandar Kutty Betul.. Ini Buktinya. “Dari segi pendaftaran universiti, dia (Dr Mahathir) dulu pun nama yang dia pakai nama apa. Tapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada maklumat itu.

“Saya tak nak cakap perkara itu diubah dan sebagainya. Tetapi nak semak balik nama Mahathir yang asal, boleh semak balik pada pendaftarannya masa di universiti,” katanya kepada pemberita selepas melawat TRIS Centre, iaitu Pusat Pendaftaran Pelarian, hari ini.

Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh Dr Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty.


Nama Mahathir a/l Iskandar Kutty Betul.. Ini Buktinya


Semalam, Dr Mahathir menjelaskan orang India Muslim tidak menggunakan “anak lelaki” (a/l) atau “anak perempuan” (a/p) pada nama, kerana nama mereka biasanya mempunyai 2 perkataan dan jarang sama antara mereka.


Pengerusi PH menggesa Zahid menunjukkan kad pengenalan yang dikatakan milik “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Nur Jazlan berkata polis akan menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Zahid.

“Polis akan siasat. Tapi kalau dah siasat dan didapati betul macam mana? Isu ini sudah dipolitikkan,” katanya.


Nama Mahathir a/l Iskandar Kutty Betul.. Ini Buktinya


Nur Jazlan mempertahankan kenyataan Zahid, dan berkata ia bukan kesalahan kerana kad pengenalan adalah rekod awam.

“Semua orang boleh tahu nama kita…“Untuk dedahkan apa yang tertera atas kad ini tak salah,” tambahnya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





5 comments:

  1. Nape ngn nama dia?....melimpah jasa bakti dia kalo di bndingkn ngn empunya diri yg ngutuk nama dia..jdi tpm pun harap ehsan...otak..ceme!! Yg dia tau..angkut bangla msuk msia ada la

    ReplyDelete
  2. Umur tun dah 90 baru tpm dgn menteri dalam negeri dapat buktikan nama sebenar tun..masa tun jadi pm depa ni tak tau ka??????????

    ReplyDelete
  3. Umur tun dah 90 baru tpm dgn menteri dalam negeri dapat buktikan nama sebenar tun..masa tun jadi pm depa ni tak tau ka??????????

    ReplyDelete
  4. Tun berdarah india dan melayu.Tun bukan Melayu asli tetapi yg bukan melayu asli inilah yg telah membangunkan negara Malaysia.Yang mengaku Melayu di kalangan pemimpin di negara ini lebih membangunkan akaun utk memenuhkan poket dia orang.Yg ada duit 2.6 bilion, 230 juta masa muda dan yg ada intan berlian
    adalah orang darah Melayu bukan darah mamak.

    ReplyDelete
  5. Darah kutty tak ada duit 2.6 billion dalam akaun.Darah kuttytak ada duit 230 juta semasa muda dan darah kutty ini tiada intan berlian dalam simpanan.Darah kutty ini tak kunci mulut bila diberi jawatan spt melayu dlm pac.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...