Wednesday, 2 August 2017

Mufti Perak Kena Belasah?

Mufti Perak Kena Belasah? Seorang pemimpin PKR hari ini menyelar Tan Sri Harussani Zakaria kerana menyamakan pandangan menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai pendaftaran anak luar nikah sebagai menghalalkan zina.

Peguam Latheefa Koya, sebahagian daripada Jawatankuasa Pusat PKR, berkata kenyataan mufti Perak yang mempertikaikan pendirian rakan sejawatnya dari Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, adalah mengejutkan dan tidak berasas, malah boleh dianggap “ketidaksopanan daripada satu mufti kepada mufti lain”.

Mufti Perak Kena Belasah? “Apa yang dikatakan Asri, Mahkamah Rayuan dan ramai umat Islam lain ialah anak luar nikah tidak boleh dihukum atas kelakuan ibu bapa mereka dengan menafikan mereka status sah,” kata Latheefa.

“Tidak sesiapa pun termasuk Asri yang mencadangkan zina dihalalkan untuk umat Islam.”

Latheefa berkata sementara ibu bapa boleh dihadapkan di bawah undang-undang syariah atas kesalahan zina, anak yang tidak berdosa tidak harus disiksa.

“Sistem perundangan Islam tidak pernah menganjurkan hukuman terhadap orang yang tidak berdosa.”

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman diterbitkan 25 Julai lalu berkata Jabatan Pendaftaran Negara bertindak di luar kuasanya apabila ia menggunakan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya disebabkan tidak cukup syarat yang ditetapkan oleh fatwa.

Mufti Perak Kena Belasah? 


“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata hakim Abdul Rahman Sebli, yang turut mempersoalkan amalan JPN meletakkan nama “Abdullah” sebagai nama bapa anak luar nikah.

Keputusan itu dialu-alukan Asri, tetapi dipersoal Harussani yang berkata menyokong pendirian mahkamah itu menjurus kepada menghalalkan zina.

“Pendapat mufti Perlis ini menghalalkan zina. Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis?” kata Harussani.

Dalam responnya Asri berkata perbezaan pendapat tidak harus diserang kerana ia menjadi amalan ulama Islam silam.

Mufti Perak Kena Belasah?  Beliau turut memetik pandangan Imam Abu Hanifah yang mencadangkan pasangan yang melahirkan anak luar nikah supaya berkahwin untuk menjaga kebajikan anak mereka. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





3 comments:

  1. Mufti tuer fikiran nya dah ketinggalan!
    Umat Islam memerlukan mufti yang progresif selagi pandangan mereka berasaskan kepada alQuran dan alHadis. Ijmak ulamak-ulamak boleh berubah mengikut perubahan masa dan tempat.
    Pemikiran mufti-mufti tuer seolah-olah jumud dalam banyak hal.

    ReplyDelete
  2. Kelululusan tok mufti ni hanya setakat menjatuhkan hukum saja langsung tidak mahu menerima pandangan masyarakat yang mungkin lebih banyak ilmu dari tok2 lebai yang berkelulusan asas yang tidak mampu untuk melanjutkan peperingkat yang lebih mencabar.

    ReplyDelete
  3. asri bercakap dlm konteks akademik. sama seperti pendirian dia berkenaan penggunaan nama Allah oleh orang bukan islam di malaysia. Asri kata boleh.

    tapi harussani bercakap dlm konteks maslahah umum yakni kesan buruk yg hadir bersama keputusan ini kepada masyarakat. sama seperti penggunaan nama Allah di malaysia. harussani menolak atas sebab maslahat orang islam dlm konteks malaysia.

    Harussani bukan tak tau tentang pendapat2 mazhab2 yg berbeza, tapi org cerdik ni meliat sesuatu yg lebih jauh drp itu. ahli akademik yg suam2 kuku saja yg hanya melihat dlm konteks akademik semata2.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...