Tuesday, 15 August 2017

Menteri Dedah Kerajaan Tiada Taring

Menteri Dedah Kerajaan Tiada Taring. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan seperti “tiada taring” untuk menutup atau menyita kilang haram, lapor Berita Harian.

Katanya, keadaan ini berlaku disebabkan arahan sedemikian tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana kuasa tersebut terletak pada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Dedah Kerajaan Tiada Taring.  “Kekangan ini timbul kerana kuasa menutup mana-mana premis terletak pada bidang tugas PBT, sekali gus wujud kepincangan menjalankan operasi secara tuntas,” katanya.

“Kita cuba atasi perkara ini menerusi pindaan undang-undang berkaitan supaya agensi alam sekitar diberi lebih perunturan dan kuasa setiap kali berdepan isu kilang haram,” katanya yang menambah undang-undang baharu bakal digubal bagi membolehkan kerajaan bertindak terhadap kilang sedemikian.

Beliau berkata perundangan sedia ada membabitkan penjagaan alam sekitar mempunyai pelbagai kelompangan yang menggalakkan kewujudan kilang haram.

Kenyataan beliau itu susulan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan 2 lagi ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Menteri Dedah Kerajaan Tiada Taring


Kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi sejak 10 tahun lepas dikatakan tanpa permit di atas tanah berstatus tanah pertanian.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menyita kilang terbabit berdasarkan Seksyen 38 Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana menyebabkan pencemaran.

Phee bersama pengarah dan pengurus kilang tersebut direman 5 hari untuk proses siasatan.

Menteri Dedah Kerajaan Tiada Taring.  Bagaimanapun semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan perintah reman 5 hari itu kerana mendapati perintah reman itu melanggar Seksyen 117(5) Kanun Tatacara Jenayah menyebabkan SPRM mahu mengemukan rayuan di Mahkamah Rayuan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...