Monday, 7 August 2017

Menteri Besar Selangor Saman Ketua Polis Negara

Menteri Besar Selangor Saman Ketua Polis Negara. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali akan menyaman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana enggan mengambil tindakan terhadap Low Taek Jho atau Jho Low atas dakwaan salahlaku berkaitan 1MDB.

Peguam Azmin, Latheefa Koya berkata mereka sudah memberikan peluang kepada Khalid untuk menjalankan tugasnya sebagai pegawai polis.

Menteri Besar Selangor Saman Ketua Polis Negara. “Tetapi kerana dia tidak peduli, MB telah mengarahkan kami untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya, dan menambah pihaknya akan memaklumkan pemberita bila Azmin akan memfailkan saman itu.

Pada Selasa, Azmin melalui peguamnya menghantar notis undang-undang kepada Khalid menuntut pegawai tertinggi polis itu menjalankan tugas dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low. Azmin mendakwa ahli perniagaan Pulau Pinang itu sudah melakukan salahlaku mengikut pelbagai undang-undang jenayah.

Beliau berkata sekiranya KPN tidak mengambil sebarang tindakan sehingga 15 Ogos ini, beliau akan menyaman polis bagi memaksa mereka mengambil langkah-langkah yang perlu termasuk mendapatkan bantuan Interpol untuk menangkap Jho Low.

Menteri Besar Selangor Saman Ketua Polis Negara


Khalid memberitahu pemberita semalam yang beliau tidak akan patuh notis tuntutan Azmin.

“Ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah,” katanya.

Khalid menjelaskan ini kerana siasatan terhadap dana pelaburan milik kerajaan itu dan individu yang dikaitkan dengannya masih lagi berjalan.

Sebelum ini pada November 2015, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata kerajaan tidak berjaya mengesan individu tertentu untuk membantu siasatan terhadap 1MDB.

Menteri Besar Selangor Saman Ketua Polis Negara. Jho Low antara individu yang diperlukan untuk siasatan itu, termasuk bekas eksekutif kanan 1MDB Casey Tang Keng Chee dan Jassmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengurus Bank Deutsche Yusof Annuar Yaacob. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...