Tuesday, 1 August 2017

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Bongkar Rahsia Lagi..

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Bongkar Rahsia Lagi. Ketua audit negara menyifatkan keputusan sebuah agensi kerajaan Melaka untuk membeli semula sebuah hotel yang dijualnya 13 tahun dahulu menyebabkan kerugian sebanyak RM4.57 juta.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang diterbitkan semalam, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) membina Hotel MITC di Ayer Keroh pada 2002, dan siap dibina 2 tahun kemudian pada kos RM15.94 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Bongkar Rahsia Lagi. Pada 2004, PKNM menjual hotel itu kepada Syarikat Intelek Edaran (SIE) untuk RM22 juta, dan perjanjian dicapai pada 28 Julai 2004 di mana SIE akan membayar 10% selepas menandatangani perjanjian itu, dengan baki dibayar secara berjadual untuk tempoh 10 tahun.

Penalti 10% dikenakan untuk pembayaran lewat. SIE juga mengambil pinjaman RM15 juta dari SME Bank Berhad untuk tujuan pembelian itu.

Pada 2005, SIE gagal melangsaikan bayaran sebanyak RM4.71 juta dan merayu PKNM membuat perjanjian tambahan untuk satu jadual pembayaran semula baharu untuk tempoh 15 bulan berkuatkuasa Jun 2005, dengan penalti 5% dikenakan untuk pembayaran lewat.

Audit mendapati meskipun SIE berhutang baki RM4.71 juta dengan PKNM, pemilikan hotel tersebut di atas geran sudah bertukar.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Bongkar Rahsia Lagi


Selepas 11 tahun, SIE masih berhutang sebanyak RM3.16 juta dengan PKNM, dan dengan hotel tersebut berdepan perampasan dan SIE diancam penutupan, PKNM memulakan rundingan untuk membeli semula hotel itu.

Keseluruhannya, PKNM kerugian RM4.57 juta dalam bentuk tunggakan dan penalti lambat yang terhutang kepadanya, bayaran faedah dan kos guaman.

Laporan audit itu berkata berdasarkan sebuah memo pada 2016, pengurusan PKNM dan pengerusinya, Datuk Seri Idris Haron, yang juga ketua menteri Melaka, membincangkan pembelian semula hotel itu untuk RM19 juta seperti yang dipersetujui dengan pihak bank.

Pembelian hotel itu akan dilakukan dengan pinjaman bank sebanyak RM25.70 juta, termasuk RM17 juta untuk membeli semula hotel itu, RM7.56 juta untuk kos pengubahsuaian dan RM1.14 juta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Keseluruhan pembayaran semula pinjaman itu ialah RM50.70 juta termasuk RM25 juta faedah,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad.

“Penganalisis audit mendapati PKNM mengalami kerugian sebanyak RM4.57 juta tunggakan dan tambahan RM160,000 untuk membeli semula hotel itu.”

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Bongkar Rahsia Lagi


Menurut laporan beliau, PKNM cuba mendapatkan kembali wang yang terhutang kepadanya melalui penstrukturan semula pembayaran.

Ia menambah, pembelian semula hotel yang terletak di kawasan strategik itu antara cara agensi itu mempelbagaikan perniagaannya, merangsang pelancongan dan industri perhotelan.

Awal bulan ini, NST Online melaporkan hotel MITC kembali beroperasi, 2 tahun selepas menghentikan perniagaannya.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Bongkar Rahsia Lagi. Pengurus Sazali Sabri dipetik sebagai berkata hotel itu dibeli dan dibangunkan semula oleh PKNM pada kos RM30 juta. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...