Wednesday, 23 August 2017

Ketua Polis Negara Bersara

Ketua Polis Negara Bersara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan persaraannya bulan depan, selepas mengetuai pasukan keselamatan itu selama 4 tahun.

“Tempoh jawatan saya tamat pada usia 60 tahun,” kata Khalid yang akan meraikan ulang tahun kelahiran ke-60 beliau pada 5 September ini, kepada FMT hari ini.

Ketua Polis Negara Bersara.  Kekosongan yang ditinggalkan Khalid akan diisi timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Buat masa ini, timbalan ketua polis negara akan ambil alih,” katanya. Noor Rashid, 59, dilantik sebagai timbalan ketua polis negara pada Disember 2014.

Khalid sebelum ini mendiamkan diri apabila ditanya sama ada kontraknya akan dilanjutkan.

Ketua Polis Negara Bersara


Anak kelahiran Seremban itu menyertai pasukan polis pada 1976 sebagai inspektor dan sepanjang menjadi ketua polis negara ke-10, beberapa perhimpunan pembangkang dan pro-kerajaan berskala besar diadakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Ketua Polis Negara Bersara. Khalid turut dikritik menggunakan Twitter untuk mengumumkan siasatan ke atas catatan berunsur “hasutan” di media sosial. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...