Friday, 18 August 2017

Kejutan Dari Proton-Geely

Kejutan Dari Proton-Geely. Pemerhati industri melihat kenderaan utiliti rekreasi (SUV), Boyue buatan syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd mampu meningkatkan pendapatan pembuat kereta nasional Proton.

The Star melaporkan pemerhati industri berharap SUV itu dapat mencapai kejayaan sama di Malaysia, susulan sambutan hangat terhadap Boyue di China yang merupakan pasaran automotif terbesar di dunia.

Kejutan Dari Proton-Geely.  Seorang pemerhati industri berkata, Boyue mampu menyaingi model SUV terkenal lain seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5.

“Boyue akan mempunyai pasaran di sini. Perincian tinggi, ciri-ciri premium dan harga munasabah akan menarik perhatian pembeli di Malaysia,” katanya.

Seorang lagi pemerhati berkata, Geely menggunakan teknologi sendiri, tidak seperti pembuat kereta lain yang bergantung kepada pengilang kelengkapan asli untuk membekalkan teknologi kepada mereka.

Boyue dibina menggunakan teknologi Volvo dan dikatakan berharga antara RM62,000 hingga RM98,000.

Kejutan Dari Proton-Geely


The Star melaporkan SUV itu dijangka memasuki pasaran Malaysia pada penggal ke-2 2018.

Pada 24 Mei lalu, Proton Holdings Bhd selaku pemilik Proton memeterai perjanjian dengan Geely yang menyaksikan penjualan 49.9% pegangan kepada Geely, manakala Proton mengekalkan pegangan majoriti sebanyak 50.1%.

Geely turut mengambil alih Volvo daripada Ford Motor pada Ogos 2010.

Pemerhati memuji pengambilalihan Volvo untuk kemajuan teknologinya dan berharap ia akan dipindahkan ke Proton.

Keuntungan bersih Geely pada penggal pertama 2017 meningkat 128% kepada RM2.8 bilion. Kadar jualannya mencatat kenaikan 89% dalam tempoh sama.

Kejutan Dari Proton-Geely


Syarikat itu dilapor meningkatkan sasaran jualannya untuk tahun ini sebanyak 10% kepada 1.1 juta kenderaan berbanding jualan 766,000 kenderaan tahun lepas. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...