Monday, 7 August 2017

Jamal Yunos Dapat Kerja Baru

Jamal Yunos Dapat Kerja Baru. Disebabkan tidak berpuas hati dengan lambakan pusat perjudian haram, sekumpulan pemuda dari Gombak didakwa membentuk “pasukan penguatkuasaan” sendiri dan menyerbu premis di daerah itu sejak 11 malam tadi.

Sin Chew Daily melaporkan ratusan “penguat kuasa” dikatakan menyerbu sebuah premis perjudian haram dan bertindak menutup suis elektrik bagi memaksa pusat terbabit menghentikan operasinya.

Jamal Yunos Dapat Kerja Baru.  Difahamkan, keadaan dalam pusat itu tegang buat seketika, tetapi tiada pergelutan berlaku.

Menurut jurucakap kumpulan pemuda yang dipetik akhbar itu, pusat judi terbabit memulakan operasi sejak akhir 2015 dan hasil serbuan mendapati ada di kalangan pelanggannya semuda usia 15 tahun.

Oleh itu, mereka menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis dan imigresen mengambil tindakan segera.

Disember lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos bersama 100 pengikutnya menyerbu 2 pusat perjudian haram di Jalan Kosas, Ampang Jaya, bagi membuktikan dakwaannya kerajaan negeri kurang melakukan penguatkuasaan ke atas premis perjudian haram.

Jamal Yunos Dapat Kerja Baru


“Kita mempersoalkan bagaimana menteri besar membenarkan pusat judi ini beroperasi. Ada juga yang diberikan lesen,” katanya sambil mendakwa 2 premis itu antara 400 pusat judi dan 600 rumah urut yang beroperasi di Ampang.

Beliau mendakwa tindakan memberi lesen kepada pengusaha premis judi menyukarkan tugas polis membanteras kegiatan judi haram.

Susulan itu, Jamal direman 5 hari mulai 3 Februari lalu, bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis perjudian haram di sekitar Selangor, Disember lalu. Beliau disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata, Jamal disiasat kerana pusat permainan video yang diserbunya kehilangan beberapa barangan berharga.

Jamal Yunos Dapat Kerja Baru.  “Apabila kita memasuki mana-mana premis ataupun merampas menggunakan kekerasan daripada orang lain tanpa kebenarannya, itu dianggap perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘samun’. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...