Wednesday, 2 August 2017

Isteri Aliff Aziz Kena Tegur Dengan Timbalan Ketua Polis Negara

Isteri Aliff Aziz Kena Tegur Dengan Timbalan Ketua Polis Negara. “Sekiranya benar laporan polis ditarik semula, tampil untuk beri penjelasan lanjut,” demikian kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan  isteri pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz , Bella Astilla, 23, yang dikatakan telah menarik balik semula laporan polis yang dibuatnya selepas didakwa telah dipukul suaminya itu.

Isteri Aliff Aziz Kena Tegur Dengan Timbalan Ketua Polis Negara. Menurut Noor Rashid, sekiranya hendak menarik semula laporan polis yang dibuat, pengesahan perkara itu perlu dibuat.

“Dia perlu hadir semula untuk beri penjelasan lanjut berhubung perkara itu kerana siasatan sebelum ini harus dilengkapkan.

“Ini kerana untuk kita membuat rujukan semula kepada pihak timbalan pendakwa raya sebelum keputusan selanjutnya diputuskan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Isteri Aliff Aziz Kena Tegur Dengan Timbalan Ketua Polis Negara


Terdahulu, Aliff, 26, yang popular dengan lagu Sayang-Sayang ditahan selepas menerima laporan daripada isterinya yang mendakwa dipukul dalam satu kejadian di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin.

Penyanyi itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis Sabtu lalu.

Isteri Aliff Aziz Kena Tegur Dengan Timbalan Ketua Polis Negara. Difahamkan, artis itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan  mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...