Wednesday, 30 August 2017

Harga Minyak Terkini 31 Ogos 2017


Harga Minyak Terkini 31 Ogos 2017. Harga minyak sekali lagi meningkat untuk minggu mendatang apabila kerajaan mengumumkan kadar baru bermula tengah malam nanti.

Bagi petrol RON95 harga baru mulai 31 Ogos ialah RM2.16 seliter, manakala RON97 menjadi RM2.44 seliter.

Perubahan itu mencatatkan peningkatan 1 sen bagi setiap liter berbanding minggu lalu.

Harga Minyak Terkini 31 Ogos 2017


Bagaimanapun pola sebelum ini untuk diesel berubah. Jika Rabu lalu harga bahan bakar itu ditetapkan pada RM2.01 seliter, mulai tengah malam ini ia dijual pada kadar RM2.04 seliter - atau bertambah sebanyak 3 sen.

Kos yang dikeluarkan pengguna untuk membeli petrol sentiasa bertambah secara konsisten sejak 27 Julai lalu, dengan pengecualian untuk tempoh 24 hingga 30 Ogos apabila ia harganya tidak berubah berbanding minggu sebelumnya.

Untuk diesel pula, minggu terbaru mulai 31 Ogos akan mencatatkan peningkatan selepas harganya turun minggu-minggu lalu.

Harga Minyak Terkini 31 Ogos 2017


Kali terakhir harga minyak turun adalah bagi tempoh 22 hingga 28 Jun lalu dan disambut dengan kelegaraan orang ramai, terutama kerana berlaku semasa orang ramai melakukan banyak perjalanan sempena hari raya puasa.

Untuk rekod umat Islam di negara ini akan meraikan hari raya haji lusa.

Harga Minyak Terkini 31 Ogos 2017. Kerajaan mula menetapkan harga minyak ditentukan secara mingguan sejak 30 Mac lalu. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...