Thursday, 3 August 2017

Cadangan Dari MCA Keterlaluan?

Cadangan Dari MCA Keterlaluan? Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) mencadangkan kepada kerajaan agar melantik seorang timbalan perdana menteri daripada kalangan bukan Melayu atau Muslim bagi meningkatkan kedudukan politik bukan Melayu di negara ini.

Presidennya, Chew Sir Boon berkata, YMM memberikan sokongan sepenuhnya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cadangan Dari MCA Keterlaluan? "Saya harap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Selain itu, hasrat masyarakat Cina juga diharap dapat ditunaikan sedikit masa lagi sekiranya kerajaan boleh melantik datuk bandar ataupun timbalan datuk bandar daripada kalangan orang Cina.

"Cadangan ini dibuat berdasarkan masyarakat Cina, terutama di kawasan majoriti Cina sememangnya memerlukan seorang pemimpin kerajaan tempatan yang fasih bahasa Cina dan memahami kehendak mereka," katanya seperti disiarkan Oriental Daily.

Menurut Sir Boon, YMM juga akan memberikan sokongan kepada mana-mana ahlinya yang bertanding pada PRU akan datang, tanpa mengira parti mana yang disertai.

Cadangan Dari MCA Keterlaluan?


"Saya harap akan ada ahli-ahli yang terdiri daripada kalangan orang muda diberi peluang  menjadi calon PRU14.

"Tanpa mengira latar belakang parti, YMM sedia memberikan sokongan kepada ahli bagi memastikan kemenangan pada PRU14," kata Sir Boon. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Aku ingatkan DAP yang minta diwujudkan jawatan seorang timbalan perdana menteri daripada kalangan bukan Melayu atau Muslim, rupa-rupanya MCA. Dasar UMNO kelentong rakyat, kelak nanti akan dibusukkan nama DAP walhalnya MCA yang buat taik.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...