Monday, 28 August 2017

Azmin Ali Disaran Letak Jawatan

Azmin Ali Disaran Letak Jawatan. Pemerhati politik mempersoalkan hujah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan perbincangannya dengan PAS tidak ada kaitan dengan gabungan 4-parti Pakatan Harapan (PH) yang disertai PKR.

Dr Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utama Malaysia berkata di bawah piagam PH, semua rundingan dengan pihak luar mesti mendapat persetujuan Majlis Presiden PH.

Azmin Ali Disaran Letak Jawatan. Selain PKR, PH turut disertai DAP, Amanah dan PPBM.

“Sekiranya tidak faham atau tidak mematuhinya, saya rasa lebih baik beliau berundur daripada jawatan timbalan presiden PH dan juga pengarah pilihan raya,” Kamarul memberitahu FMT.

Pada Sabtu, Azmin mendakwa rundingannya dengan PAS mendapat mandat parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Mereka selalu kata rundingan itu inisiatif saya, tetapi sebenarnya bukan inisiatif peribadi saya. Rundingan itu keputusan PKR. Saya mewakili parti,” kata Azmin, yang menyifatkan perbincangan dengan PAS sebagai “tidak rasmi” dan hanya melibatkan PKR dan PAS.

Azmin Ali Disaran Letak Jawatan


Sebelum itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengumumkan keluar daripada Biro Politik PKR, badan tertinggi yang memutuskan hala tuju parti itu.

Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai langkah PKR masih berunding dengan PAS, enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata ia akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden minggu ini.

Seorang lagi pemerhati politik, Prof Ahmad Atory Hussain bersetuju sebarang keputusan yang memberi kesan kepada PH mesti diputuskan Majlis Presiden.

Akademik Universiti Sains Malaysia itu berkata tidak ada halangan bagi sesebuah parti dalam PH bekerjasama dengan parti lain dengan syarat ia menerima mandat rakan kongsi lain.

Azmin Ali Disaran Letak Jawatan


Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama selama 2 dekad bersama pemimpin PKR, mendakwa parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi” dan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Kamarul bagaimanapun tidak yakin rundingan PAS-PKR akan membuahkan hasil, walaupun bersetuju “semuanya boleh dalam politik”.

“Dengan kaedah yang sesuai, mungkin PAS dapat diubah ke arah PKR tetapi kemungkinan itu amat tipis,” katanya.

Atory berkata ketegasan PAS enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP menjadikan sebarang kerjasama PKR-PAS mustahil.

Sementara itu, Kamarul berkata PKR perlu memanggil mesyuarat agung tergempar untuk menyelesaikan kemelut di peringkat akar umbi.

Azmin Ali Disaran Letak Jawatan. “Biar ahli akar umbi memutuskan sama ada mahu PKR meneruskan rundingan dengan PAS atau tidak.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

1 comment:

  1. Sekejap jadi jurucakap PAS sekarang sudah jadi ahli bersekutu PH pulak dah mamat ni.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...