Wednesday, 23 August 2017

Abdul Razak Baginda Muncul Lagi

Abdul Razak Baginda Muncul Lagi. Presiden Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon), Abdul Razak Baginda mencadangkan pelaksanaan sistem pendidikan hibrid yang menggabungkan latihan vokasional dan akademik di Malaysia.

Beliau berkata demikian ekoran kadar tinggi graduan menganggur di negara ini.

Khamis lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dipetik Bernama sebagai berkata, seramai 54,103 lepasan universiti menganggur dalam tempoh 6 bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas.

Abdul Razak Baginda Muncul Lagi. Beliau berkata, bilangan itu berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang merekodkan 238,187 pelajar menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi tahun lepas.

Razak memberitahu FMT, sebahagian masalah itu berpunca daripada sistem pendidikan negara yang terlalu diperkemaskan mengikut aliran.

“Bukan semua orang akan menjadi saintis roket atau pakar bedah otak.

“Jadi, tidak perlu terlalu menekankan latihan akademik dan mengabaikan latihan vokasional sepenuhnya.

Abdul Razak Baginda Muncul Lagi


“Pada masa sama, kita ada sekolah vokasional, tetapi tiada sekolah vokasional pada tahap lebih tinggi.

“Ini bermakna jika anda belajar di sekolah vokasional, anda pasti akan menjadi mekanik di tahap tertentu sepanjang hidup. Tiada banyak cara untuk anda melangkah lebih jauh,” katanya.

Beliau berkata, walaupun universiti menawarkan program latihan amali, tetapi ia tidak mencukupi.

Sehubungan itu, katanya, sistem pendidikan hibrid dipraktikkan di sesetengah negara maju seperti Jerman, tetapi kakitangan awam di Malaysia tidak cukup kreatif untuk memikirkan penyelesaian seperti itu.


Abdul Razak Baginda Muncul Lagi


“Kita harus lebih kreatif dan memikirkan sebuah sistem hibrid yang terdiri daripada 50% latihan vokasional dan 50% latihan akademik.

“Seperti kata sesetengah orang, selepas tamat pengajian universiti, anda tahu bagaimana basikal dihasilkan, tetapi anda tidak tahu bagaimana menunggangnya. Jadi, apakah manfaatnya?

Abdul Razak Baginda Muncul Lagi. “Idea sebuah sistem hibrid ialah anda tahu menunggang basikal dan bagaimana ia berfungsi, pada masa sama tahu cara membaikinya,” katanya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

2 comments:

  1. Kalau sekadar basikal.. arwah atuk aku tak pernah masuk sekolah.. corner baring siap bersila sambil minum kopi atas basikal.. haha

    ReplyDelete
  2. Kolej Vokasional yg mnawarkan diploma adalah slh satu usaha utk mlahirkan golongan kemahiran yg bpdidikan tinggi

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...