Friday, 7 July 2017

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Serik

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Serik. Bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tidak lagi mahu diwawancara media berkenaan isu semasa.

“Tidak. Saya tidak lagi mahu diwawancara media. Saya sudah belajar dari kesilapan,” katanya, dan enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pelancaran Sidang Kemuncak Iclif ke-5 Kepimpinan Tenaga Asia (Lesa) 2017 di Hotel Hilton di ibu negara, hari ini.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Serik. Zeti diminta memberi pandangan mengenai keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian yang ditanggung negara akibat dagangan mata wang asing antara 1980-an dan 1990-an.

“Saya hanya akan bercakap mengenai mengenai program Iclif sahaja,” katanya.

Iclif diasaskan dan dibiayai BNM sejak 2003. Zeti merupakan pengerusi pertubuhan itu, yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan, keberkesanan organisasi dan tadbir urus korporat.

Zeti pernah diwawancara oleh beberapa agensi media mengenai isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Serik


Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily, beliau dilaporkan berkata berkata BNM tidak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut selain mengenakan denda ke atas “badan dan institusi kewangan berkaitan” berhubung pelanggaran peraturan berkaitan dengan kes 1MDB.

Akhbar itu juga melaporkan Zeti mengakui menguruskan kes 1MDB antara tugas paling mencabar semasa menjawat jawatan gabenor BNM.

Beliau berkata objektif utama BNM dalam menangani kes 1MDB ialah integriti sistem kewangan negara.

Dalam temubual dengan Channel NewsAsia, Zeti berkata Malaysia dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengharungi apa juga krisis kewangan, kerana ia mengambil pengajaran dari krisis kewangan Asia 1997.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Serik


Beliau berkata Malaysia mengalami penguncupan ekonomi pada 1998 tetapi tidak menaikkan kadar seperti yang disarankan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Hasilnya, kos krisis itu ke atas Malaysia antara yang terendah di dunia, kata Zeti.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Serik. Perkara utama yang dipelajari Malaysia ialah keperluan membina ketahanan, mengukuhkan asas, meningkatkan keupayaan pengawasan dan keupayaan mengurus krisis, kata Zeti. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...