Saturday, 8 July 2017

Tak Disangka-Sangka, Mahathir Buat Kejutan Lagi..

Tak Disangka-Sangka, Mahathir Buat Kejutan Lagi. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

Mahathir, selaku individu yang menyekat perjalanan politik Anwar setelah memecatnya daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 berkata demikian, dalam temu bual dengan The Guardian semasa lawatan beliau ke London, baru-baru ini.

Tak Disangka-Sangka, Mahathir Buat Kejutan Lagi. “Dalam kes Anwar, kita boleh menuntut beliau tidak dilayan dengan adil. Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi kerajaan.

"Saya fikir kerajaan baru dapat meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

“Dengan itu, beliau dapat kembali berpolitik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak dapat tolak,” katanya dalam wawancara itu.

Pengerusi Bersatu itu juga berkata, beliau akan menyokong Anwar menjadi perdana menteri apabila dia dibebaskan kelak.

“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan jadi PM, saya tiada bantahan," katanya.


Tak Disangka-Sangka, Mahathir Buat Kejutan Lagi


Mahathir yang merupakan perdana menteri sejak 1981 hingga 2003 berkata, beliau tidak pernah menjangka ada seorang perdana menteri yang bersedia 'melaksanakan undang-undang yang jauh lebih menekan berbanding zamannya'.

“Adakah mekanisme semak-imbang tidak cukup baik? Saya setuju ada tahapnya ia tidak mencukupi. Kami di Malaysia hidup dalam sebuah negara pelbagai kaum dan saya fikir ia tidak boleh menjadi seliberal AS atau Britain.

“Tetapi kita perlu membenarkan hak bersuara dalam media. (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mempunyai beberapa akta keselamatan baharu yang membenarkan beliau mengisytiharkan darurat di mana-mana kawasan dalam negara dan menahan orang tanpa sebab.

"Saya mewarisi dan menggunakan undang-undang lama. Saya tidak memansuhkan (undang-undang lama) dan menggubal undang-undang baru yang jauh lebih teruk,” katanya.


Tak Disangka-Sangka, Mahathir Buat Kejutan Lagi


Dalam wawancara itu, Mahathir seolah-olah menerima beliau melakukan kesilapan apabila tidak membenarkan Anwar menggantikannya, juga kenyataan beliau memegang kuasa terlalu lama dan memilih dua pemimpin yang akhirnya mengecewakannya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. Sayang skali Mahathir dah nk Mati baru sedar akan Kesalahan dia.Mahathir lah yang memulakan revolusi MENJAHANAMKAN MALAYSIA.LANUN LANUN YANG ADA SEKARANG NI HANYE MENYAMBUNG DOSA MAHATHIR

    ReplyDelete
  2. Kalau Tun M ikhlas nak DSAI jadi PM tak perlu sebut sekiranya dapat Pengampunan DiRaja. Kau orang semua tak faham ke ayatnya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...