Thursday, 27 July 2017

SPRM Makin Agresif

SPRM Makin Agresif. Tahanan reman terhadap 2 pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan berhubung kes pembelian hotel 4 bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC), disambung 4 hari lagi.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula esok hingga 31 Julai ini.

SPRM Makin Agresif.  Lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta syarikat perkhidmatan pos dan pengarah syarikat perundingan aset itu sebelum ini direman selama 6 hari bermula 22 Julai.

Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan antara 2013 dan 2015.

SPRM Makin Agresif


Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira 1 tengah hari pada 21 Julai lepas apabila hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...