Wednesday, 26 July 2017

Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang

Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang. Keputusan Pas meletak calon pada mana-mana kerusi dalam PRU14 nanti mungkin menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi tindakan itu bukan untuk melawan pakatan pembangkang.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk meletakkan calon mereka bertanding.

Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang. “Kita tak lawan pembangkang tapi kita ada dasar sendiri. Kita meletakkan calon mengikut keputusan parti dan keputusan itu bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang kesal dengan hasrat Pas untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.


Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang


Tony mendakwa tindakan itu secara jelas memperlihatkan Pas ingin menewaskan pakatan pembangkang pada PRU14 supaya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu Ahmad turut mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di negeri ini.

Selepas Umum Bertanding Permatang Pauh, PAS Cakap Tak Lawan Pembangkang.  "DAP nak letak semua calon mereka di Kelantan pun boleh," katanya. - bernama





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Telur tembelang yang disimpan oleh PAS dah pecah dah! Maka untuk cover line terpaksalah kuar kenyataan bodoh dan tak masuk akal. PAS nak bertanding kat permatang pauh untuk apa? Untuk melawan UMNO? Tapi bukan ke Permatang pauh tu PKR yang menang dan PAS pernah meletakkan calon kat situ yang meraih sebanyak 607 undi je. Hilang deposit! So, untuk apa bertanding kat situ? Jawapannya ialah untuk membantu UMNO dan mengacau kerusi2 PH. Pak2 lebai ni kalau nak menipu pun janganlah bagi alasan bodoh yang budak kecik pun faham ianya tak logik. Ini dia geng2 yang kononnya pejuang2 Islam? Pejuang2 dedak tu aku percaya. Sahlah bahawa PAS adalah serambi UMNO dan PAS ni adalah musang yang berserban dan berjubah yang ibarat seperti pasu bunga kat Parlimen. Jangan percaya lagi kat mereka ni!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Hairan dan Takjub..ngapa tak umum awal2 nak bertanding di Pekan atau di Bagan Datuh.??

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...