Thursday, 27 July 2017

Rupanya Sijil Pengiktiran Ini Palsu

Rupanya Sijil Pengiktiran Ini Palsu. Kerajaan Pulau Pinang hari ini menyatakan rasa “kesal” selepas pendedahan anugerah yang pernah diterima 2 majlis tempatan di negeri itu adalah meragukan dan palsu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun berkata pendedahan itu tidak seharusya menafikan pencapaian Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang diiktiraf pelbagai agensi persekutuan.

Rupanya Sijil Pengiktiran Ini Palsu. “Kami berharap pimpinan di majlis perbandaran ini mengambil pengajaran daripada episod malang ini dan lebih berhati-hati apabila dicalonkan untuk anugerah seumpama itu,” kata Chow.

Hari ini, Adun Pulau Betong dari Barisan Nasional (BN), Datuk Muhammad Farid Saad menggesa kerajaan negeri menjawab dakwaan pihak berkuasa tempatan menerima anugerah palsu, susulan laporan media Britain yang anugerah seumpama itu dijual oleh sebuah badan meragukan bernama Europe Business Assembly (EBA).

Farid berkata kerajaan Pulau Pinang perlu menjelaskan sama ada dana awam digunakan oleh MPPP dan MPSP.

“Apakah dalam keghairahan untuk mencari pujian dan pengiktirafan antarabangsa dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP adalah terbaik, MPPP dan MPSP telah ‘membayar wang’ untuk mendapatkan anugerah-anugerah dan pengiktirafan dari sebuah organisasi yang ‘bogus’?


Rupanya Sijil Pengiktiran Ini Palsu


“Adalah amat mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekiranya benar MPPP dan MPSP telah turut membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu,” katanya dalam kenyataan.

Farid memetik laporan Daily Mail 2 hari lalu, yang mengaitkan EBA kepada seorang warga Ukraine, Anton Savvov, yang giat menjual anugerah seperti itu kepada syarikat dan pertubuhan di negara membangun dengan menjaja nama Universiti Oxford.

Universiti Oxford bagaimanapun berkata ia tidak ada kaitan dengan pertubuhan itu.

Sebelum ini, MPSP menerima anugerah “Best City Award”, “Best Holiday Destination”, “Best Cities-Licence” dan “Top Medical / Travel / Hospitality Website” daripada EBA pada 2014.

Presiden MPSP ketika itu, Datuk Maimunah Mohd Sharif turut “memenangi” anugerah “Best City Manager Award” daripada EBA.


Rupanya Sijil Pengiktiran Ini Palsu


Pada 2013, EBA menganugerahkan Datuk Bandar MPPP, Datuk Patahiyah Ismail sebagai “Best Municipal Manager” (Pengurus Majlis Perbandaran Terbaik).

Farid berkata setahun sebelum Patahiyah menerima anugerah tersebut, Datuk Bandar Belgrade, Dragan ─Éilas memenangi anugerah “The Manager of the Year” pada Julai 2012.

Laporan menyebut ─Éilas membayar hampir €11,000 (RM54,800) dari dana Majlis Bandaraya Belgrade sebagai “yuran penyertaan” dalam majlis anugerah itu.

Rupanya Sijil Pengiktiran Ini Palsu. “Saya mendesak dan menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang atas slogan ‘Cekap, Akauntabel dan Telus’ untuk memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang sama ada MPPP dan MPSP turut membuat bayaran wang kepada Europe Business Assembly, sebuah organisasi yang dikatakan tidak kredibel tersebut untuk mendapatkan anugerah-anugerah,” kata Farid. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...