Wednesday, 12 July 2017

PRU 14 Dijangkakan Pada..

PRU 14 Dijangkakan Pada.. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membubarkan parlimen sebelum Jun tahun hadapan.

Ini diramalkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memandangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibebaskan daripada penjara pada tempoh tersebut.

PRU 14 Dijangkakan Pada.. "Sekiranya PRU diadakan selepas Jun tahun hadapan, Anwar sudah tentu mempunyai peluang membantu kempen untuk calon-calon Pakatan Harapan.

"Anwar tidak boleh bertanding, tetapi beliau akan mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan.

PRU 14 Dijangkakan Pada..


"Sebab itulah Najib akan seboleh-bolehnya membubarkan parlimen sebelum Jun tahun hadapan. PRU kemungkinan akan diadakan pada September atau Oktober tahun ini, dan mungkin juga tahun hadapan tapi tidak lewat daripada Jun," kata Kit Siang kepada China Press. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...