Tuesday, 18 July 2017

PKR Dedah Pekung Projek MRT

PKR Dedah Pekung Projek MRT. PKR berkata penyediaan kemudahan dan pengangkutan awam seperti sistem Transit Aliran Massa (MRT) ialah tanggungjawab kerajaan, bukannya cenderahati perdana menteri untuk negara.

Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menyifatkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak itu amat melucukan kerana tidak kira parti mana yang menjadi kerajaan, mereka bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan kepada rakyat.

PKR Dedah Pekung Projek MRT. “Adakah Salleh Keruak tidak dapat membezakan cenderahati dan tanggungjawab kerajaan pemerintah untuk kemudahan rakyatnya?

“Duit negara datangnya daripada rakyat yang dipungut daripada pelbagai jenis cukai termasuk GST (cukai barangan dan perkhidmatan), usahlah mengaku projek MRT ini sebagai cenderahati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas catatan Salleh di blognya semalam yang menyatakan walaupun kos pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km tinggi, kerajaan tetap melaksanakan projek itu demi kesejahteran rakyat.

“Ini adalah cenderahati PM untuk negara. Dengan kejayaan ini, marilah kita sama-sama meraikan satu lagi simbol kejayaan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara,” tulis Salleh di sskeruak.blogspot.my.

PKR Dedah Pekung Projek MRT


Tan sebaliknya menyindir kerajaan Umno dan BN dengan berkata, cenderahati daripada parti pemerintah kepada rakyat ialah skandal 1MDB dan GST yang menyebabkan rakyat kini terpaksa berdepan bebanan kos sara hidup tinggi.

Beliau berkata, MRT hanya kesinambungan sistem pengangkutan darat sedia ada, hakikatnya sistem hubungan luar bandar belum memuaskan.

“Mengapa Salleh tidak mencadangkan juga ‘cenderahati’ buat penduduk di Sabah? Tengok sahaja kereta api zaman bila masih wujud di sana.

“Kerajaan Umno/ BN hanya menjadikan kesusahan rakyat sebagai kesenangan pemimpin mereka sahaja. Bukan suatu yang menarik untuk dikongsikan bersama rakyat.”

Semalam, operasi fasa ke-2 MRT Laluan Semantan-Kajang yang berintegrasi dengan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel bermula. Ia adalah lanjutan daripada fasa ke-1 MRT Laluan Sungai Buloh-Semantan yang beroperasi sejak 16 Disember lalu.

PKR Dedah Pekung Projek MRT. Laluan 51km itu merangkumi 31 stesen dan akan memanfaatkan kawasan berpenduduk tinggi seperti Cochrane dan Bandar Tun Hussein Onn, 40 sekolah dan institusi di sepanjang laluan serta destinasi pelancongan seperti Muzium Negara dan Pasar Seni. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...