Tuesday, 11 July 2017

Pengarah JAKIM Kena Bidas

Pengarah JAKIM Kena Bidas. Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyelar pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas kritikan terhadap seorang wanita Islam yang meminati anjing sebagai binatang peliharaannya.

Dalam catatan blognya hari ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kenyataan Tan Sri Othman Mustapha itu mencerminkan masalah di kalangan pemimpin Islam di Malaysia, di mana mereka suka bercakap mengenai dosa orang lain sepanjang masa, bukannya dosa sendiri.

Pengarah JAKIM Kena Bidas.  Zaid berkata pihak berkuasa Islam sepatutnya menumpukan cara berkesan untuk membantu umat Islam, bukan berceramah mengenai dosa mereka yang merupakan sesuatu yang dilakukan oleh semua orang.

“Manusia mana, termasuk Othman tidak pernah melakukan dosa?

“Othman sepatutnya mengambil berat tentang dosanya, bukan dosa orang lain. Tiada seorang pun boleh dianggap sebagai malaikat hanya kerana memegang jawatan ketua pengarah Jakim atau jika seseorang itu melayani perdana menteri dengan baik.

“Ia bukan urusan Othman untuk meminta pencinta anjing bertaubat. Itu urusan Tuhan,” katanya.

Othman baru-baru ini mengkritik Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik video di Facebook menceritakan anjing peliharaannya bernama Bubu.

Pengarah JAKIM Kena Bidas


Beliau berkata umat Islam negara ini tidak sepatutnya menjadikan budaya baharu memegang anjing dan mereka perlu bertaubat dengan perbuatan mereka itu.

Tetapi Zaid berkata Nurhanizah patut dipuji kerana mempunyai “hati emas”.

“Seorang umat Islam sejati adalah seorang yang baik dan penyayang, daripada memarahi dia, Jakim seharusnya berbangga dengan kebaikan dan perikemanusiaan Nurhanizah.”

Menurut Zaid, pihak berkuasa Islam “berkelakuan seolah-olah mereka bebas dari dosa, jadi setiap hari, mereka berpesan kepada umat Islam bagaimana untuk menjalani kehidupan tanpa dosa”.

“Inilah yang membuatkan masyarakat Islam lemah dan berpecah. Pemimpin Islam sibuk berceramah kepada orang ramai apa yang perlu dilakukan berkaitan perkara remeh temeh yang tidak relevan, sedangkan mereka sendiri tidak banyak menyumbang kepada pembangunan komuniti.”

Sebaliknya, Zaid menyarankan Jakim menumpukan kepada penambaikan pendidikan umat Isam dan institusi zakat.

Pengarah JAKIM Kena Bidas


“Audit yang tepat terhadap kutipan haruslah teliti dan Jakim dapat membantu menyelaraskan pentadbiran terhadap perkara warisan umat Islam yang kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan kerana ketidakcekapan dan kelemahan birokrasi.

“Jakim juga boleh memastikan organisasi Baitulmal di setiap negeri diaudit dengan betul untuk mencegah ‘kebocoran’.

Pengarah JAKIM Kena Bidas.  “Biarlah Tuhan menguruskan urusan dosa dan hukuman,” kata Zaid, yang menambah sudah ada terlalu ramai penceramah ajar agama di televisyen dan masjid. -fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




3 comments:

  1. YB Tuan LKS & YB Tuan LGE tak mau ker turut membidas..

    ReplyDelete
  2. Setepek melekat kat muka kau JAKIM

    ReplyDelete
  3. Setuju benar ambo ...kekadang orang agama ni kena bg macam ni baru bersambung sikit neuron otak untuk berfikir

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...