Thursday, 20 July 2017

Peguam Negara Dakwa Mahathir Kebudak-Budakan

Peguam Negara Dakwa Mahathir Kebudak-Budakan. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap kebudak-budakan dengan mencabarnya bersumpah di masjid mengenai laporan yang diterimanya mendakwa Datuk Seri Najib Razak bersalah menerima RM2.6 bilion dan menyerahkan RM2.3 bilion kepada seorang warga Arab Saudi tidak benar sama sekali.

“Beliau menjadi kebudak-budakan…mungkin zaman kanak-kanak ke-2 atau ke-3. Saya kasihankan beliau,” kata Apandi menjawab cabaran bekas perdana menteri itu menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Peguam Negara Dakwa Mahathir Kebudak-Budakan. Semalam, Dr Mahathir melalui catatan di blognya mendakwa Apandi berdosa kerana melakukan pecah amanah dan berbohong untuk melindungi perdana menteri daripada didakwa di mahkamah.

Beliau menuduh Apandi tidak takut kepada Allah kerana menyembunyikan laporan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketua audit negara berhubung RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri, daripada orang ramai.

“Menyembunyi laporan daripada orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat Apandi tidak benar.

“Tetapi, Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid yang tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan diterimanya dari Bank Negara, SPRM dan ketua audit negara yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang RM2.6 bilion dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik RM2.3 bilion kepada seorang (warga) Arab Saudi adalah tidak benar.”


Peguam Negara Dakwa Mahathir Kebudak-Budakan


Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu turut mencadangkan Apandi menjemput beberapa imam masjid dan individu lain menjadi saksinya bagi memastikan sumpah yang disebut sama dengan niatnya.

“Dan dia mengaku akan berdosalah jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.”

Selasa lalu, Apandi berkata, beliau hanya takut kepada Allah dalam menjalankan tugasnya, sebagai respons kepada kritikan Dr Mahathir pada Isnin yang mendakwa peguam negara itu gagal mengambil tindakan ke atas mereka yang bersalah dalam isu 1MDB.

Dr Mahathir memberi bayangan akan mengambil tindakan terhadap Apandi berhubung skandal 1MDB, jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Apandi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada Julai 2015, ketika hangat siasatan khas terhadap 1MDB melibatkan bekas peguam negara itu.

Peguam Negara Dakwa Mahathir Kebudak-Budakan. Tahun lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB, tetapi berkata fail itu belum ditutup. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...