Tuesday, 25 July 2017

PAS Makin Hilang Punca.. Ini Buktinya

PAS Makin Hilang Punca.. Ini Buktinya. Lawan tetap lawan. Itu kata dua Pas terhadap PKR apabila parti itu mahu meletakkan calon mereka bertanding di kubu kuat PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU14 nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukan sahaja di kerusi disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bahkan parti itu akan meletakkan calon di semua kawasan lain milik PKR.

PAS Makin Hilang Punca.. Ini Buktinya.  “Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.

“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,” katanya.

Mengulas mengenai individu yang sesuai melawan Dr Wan Azizah untuk memastikan Pas tidak menanggung malu, Mohd Amar memberitahu pihaknya tidak ketandusan calon untuk bertanding.

“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” katanya.


PAS Makin Hilang Punca.. Ini Buktinya


Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, bukan sahaja di Permatang Pauh, Pas juga tidak mustahil akan meletakkan calon mereka di kawasan yang berpeluang untuk dikuasainya termasuk di kerusi DAP.

“Kita sedang membuat kajian selain daripada kerusi tradisi. Kita akan kaji kerusi PKR dan DAP,” katanya yang memberitahu Pas kini sedang mengintai mana-mana kerusi yang berpotensi untuk parti itu kuasai pada PRU14.

Baru-baru ini Pas melancarkan jentera pilihan rayanya di kerusi disandang oleh isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi di Parlimen dan Dun kawasan tersebut.

PAS Makin Hilang Punca.. Ini Buktinya.  Tindakan itu juga mendapat reaksi kurang manis daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan Pas sengaja mahu menimbulkan provokasi dan menguji kesabaran parti itu. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...