Friday, 7 July 2017

Pakar Ekonomi Bantah Harga Minyak Tetap Secara Harian

Pakar Ekonomi Bantah Harga Minyak Tetap Secara Harian. Cadangan kerajaan untuk menetapkan harga petrol dan diesel secara mingguan ketika ini kepada harian dianggap tidak sesuai.

Menurut pakar ekonomi, Kong Ling Long, bagi kerajaan, penetapan harga petrol dan diesel secara harian mungkin dilihat relevan tetapi tidak kepada budaya perniagaan di Malaysia.

Pakar Ekonomi Bantah Harga Minyak Tetap Secara Harian. "Dalam dunia perniagaan, harga turun atau naik adalah soal yang sensitif, kerana ia boleh menjejaskan kos, lebih-lebih lagi bahan api yang mampu mempengaruhi kenaikan harga barang keperluan harian.

"Sekiranya harga petrol dan diesel ditetapkan secara harian, yang menjadi kebimbangan ialah apabila harga bahan api naik, harga bara-ngan lain turut dinaikkan.

"Sebaliknya apabila harga bahan api turun, ramai peniaga tidak pula bersedia menurunkan harga barangan yang mereka jual," katanya ketika memberitahu China Press.

Ling Long mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menegaskan kerajaan akan memperkenalkan formula baharu mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

Pakar Ekonomi Bantah Harga Minyak Tetap Secara Harian


Menurut Hamzah, kerajaan akan tentukan kaedah itu untuk membantu rakyat, sekali gus menunjukkan industri berkenaan boleh diliberalkan dan akan lakukan penetapan harga secara harian.

Pakar ekonomi ini mencadangkan, adalah lebih baik kerajaan mengekalkan penetapan harga secara mingguan seperti yang dilakukan pada hari ini.

Pakar Ekonomi Bantah Harga Minyak Tetap Secara Harian."Bagi saya, tiada bezanya menetapkan harga petrol dan diesel secara mingguan, dengan harian. Sekiranya ditetapkan secara harian, ia akan lebih menyusahkan penguasa stesen minyak ," katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...