Tuesday, 4 July 2017

Orang Najib Hina Zahid Hamidi?

Orang Najib Hina Zahid Hamidi? Kenyataan setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Tengku Sarifuddin yang membayangkan pengharaman DAP menjelang pilihan raya umum ke-14 adalah satu bentuk penghinaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kata Amanah.

“Taktik terdesak yang diumumkan Sariffuddin jelas menunjukkan pelan tersembunyi Najib untuk PRU14, tetapi sebagai setiausaha akhbar kepada perdana menteri, beliau secara terbuka telah menunjukkan penghinaan terhadap Menteri Dalam Negeri,” kata Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli.

Orang Najib Hina Zahid Hamidi? Hatta berkata soal pendaftaran pertubuhan adalah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Zahid.

“Ini menunjukkan penghinaan kakitangan Najib kepada timbalan perdana menteri sebagai orang nombor 2 dalam kerajaan,” katanya.

Hatta berkata demikian selepas Sarifuddin mencetuskan isu status DAP menjelang PRU akan datang, dengan berkata calonnya mungkin terpaksa bertanding tanpa menggunakan logo roketnya.

Sarifuddin berkata ia kerana JPPM masih tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP sekarang yang dipilih 4 tahun lalu.

Orang Najib Hina Zahid Hamidi?


Bagaimanapun, Zahid semalam menolak spekulasi mengenainya, dan berkata beliau masih menunggu jawapan JPPM.

“Perkara ini dikaji secara terperinci oleh JPPM dan mereka bukan sahaja mengkaji dari segi aspek perundangan tetapi JPPM juga berperanan untuk menjaga kepentingan mana–mana pertubuhan yang berdaftar dengannya,” katanya dipetik Bernama.

Ia bagaimanapun disusuli dengan satu lagi kenyataan Sarifuddin, yang berkata DAP perlu menyalahkan ahlinya sendiri yang membuat aduan kepada JPPM.

“Anggota DAP sendiri yang membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung ketidakteraturan yang serius dan layanan tidak adil dalam pemilihan parti,” katanya.

Pada 2012, beberapa ahli DAP mengadu mengenai ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Orang Najib Hina Zahid Hamidi?


Susulan itu, DAP menganjurkan pemilihan semula pada September 2013. Barisan kepimpinan baharu itu bagaimanapun belum disahkan JPPM.

Hatta berkata kenyataan Sarifuddin yang menyentuh bidang kuasa JPPM “membayangkan kekusutan dan kekecohan dalam pentadbiran Najib”.

“Kenyataan Sariffuddin adalah tanda kuat bahawa lingkaran dalaman Najib serius mempertimbangkan pembatalan pendaftaran DAP dan pengharaman penggunaan logo roket pada PRU ke-14, walaupun ini dikatakan masih tertakluk kepada beberapa faktor termasuk perletakan jawatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan persaraan YB Lim Kit Siang dari politik Malaysia,” katanya.

Kit Siang dalam kenyataan hari ini menyatakan kesediaannya bersara sekiranya ia dapat menyelamatkan DAP daripada diharamkan.

Orang Najib Hina Zahid Hamidi? “Katakan saja sekiranya persaraan saya adalah syarat untuk menamatkan konspirasi Umno/BN mengharamkan DAP, saya akan mempertimbangkannya,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...