Wednesday, 19 July 2017

Mukhriz Saman Pulak Lagi Ni?

Mukhriz Saman Pulak Lagi Ni? Selepas mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kini Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu membawa Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi ke mahkamah kerana membuat kenyataan yang mungkin mempengaruhi saman fitnahnya terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang sedang berjalan.

Peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla berkata permohonan memohon kebenaran dari mahkamah untuk memulakan prosiding perintah komital terhadap Aziz dibuat hari ini.

Mukhriz Saman Pulak Lagi Ni? Dalam permohonannya, Mukhriz berkata kenyataan Aziz, yang disiarkan di Sinar Harian 15 Julai lepas mendakwa timbalan menteri itu cuba memberi gambaran yang salah kepada orang ramai mengenai perbicaraan yang sedang berjalan dan dilihat mencampuri keputusan badan kehakiman.

Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim, yang juga mendengar saman antara Mukhriz dan Tengku Sariffuddin, mengarahkan Mukhriz menyerahkan dokumen mahkamah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Aziz, walaupun usaha Mukhriz memohon kebenaran mahkamah akan didengar tanpa kehadiran peguam Najib dan Aziz.

Haniff berkata mahkamah akan mendengar permohonan Mukhriz untuk mendapatkan izin mahkamah memulakan prosiding perintah komital terhadap Najib dan Aziz pada 20 Julai.

Khamis lepas, Mukhriz memfailkan permohonan memohon izin mahkamah untuk menyaman Najib kerana menghina mahkamah kerana didakwa cuba mempengaruhi keputusan saman Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin.

Mukhriz Saman Pulak Lagi Ni?


Beliau sebelum ini mengeluarkan surat tuntutan kepada Najib 10 Julai lalu, menuntut perdana menteri menarik balik kenyataan sebelum 11 Julai, dan Mukhriz merizabkan hak untuk mengambil tindakan bagi melindungi kepentingannya sekiranya Najib gagal berbuat demikian.

Beliau berkata kenyataan Najib itu secara sengaja diperhitungkan untuk mencampuri perjalanan proses keadilan, walaupun tahu mengenai saman Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin.

Pada 3 Mei tahun lepas, Mukhriz memfailkan saman berhubung 4 kenyataan media Tengku Sariffuddin yang dikeluarkan pada April 15, 20, 23, dan 26.

Empat siaran media itu adalah “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister”, “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Former DPM’s Reuters Interview”, “Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister’s Press Secretary” dan “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir”.

Dalam pembelaannya, Tengku Sariffuddin berkata beliau tidak pernah memfitnah Mukhriz dalam mana-mana kenyataan medianya yang mahu menjelaskan isu dan berita tidak benar yang tersebar mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Mukhriz Saman Pulak Lagi Ni?


Tengku Shariffuddin berkata kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat dan tanpa niat jahat.

Beliau berkata, kenyataan media dibuat atas kapasiti rasmi untuk mengelakkan khabar angin atau tuduhan politik terhadap perdana menteri. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...