Monday, 24 July 2017

Mahathir Dedah Pekung Najib Sambil Perlinya..

Mahathir Dedah Pekung Najib Sambil Perlinya. Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak akan dibenarkan berdebat dengannya pada forum terbuka, Nothing To Hide 2.0, yang dijangka berlangsung pada 13 Ogos ini.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membenarkan Puad berdebat dengannya dan beliau yakin dengan tafsirannya.

Mahathir Dedah Pekung Najib Sambil Perlinya. "Perdana Menteri (mesti) tak bagi dia (Mohd Puad) (berdebat dengan saya). Nanti jadi macam (Datuk Seri) Nazri (Aziz) juga," katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2017 bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Ali anjuran Kelab Che Det Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja, sama ada Mohd Puad atau orang lain, namun Mahathir tetap berharap Najib akan menjadi peserta forum terbabit.

"Datanglah Najib atau Nazri sekalipun. Saya dah tua, apa nak takut. Dengan orang tua pun awak nak takut ka?," soalnya kepada Perdana Menteri.

Mahathir Dedah Pekung Najib Sambil Perlinya


Jumaat lalu, Mohd Puad menyatakan kesediaannya untuk menggantikan Najib pada forum Nothing To Hide 2.0 serta bersedia untuk menjawab segala soalan mengenai 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mahu bertanya mengenai pelbagai isu kepada Mahathir, yang mana kesemua isu tersebut berlaku semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mahathir Dedah Pekung Najib Sambil Perlinya. Forum Nothing To Hide 2.0 dijangka berlangsung pada 13 Ogos ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, secara terbuka. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...