Thursday, 6 July 2017

Kisah Menyayat Hati Disebalik Penyakit Anjing Gila (Rabies)

Kisah Menyayat Hati Disebalik Penyakit Anjing Gila (Rabies). Dua beradik yang maut akibat penyakit anjing gila atau rabies di Serian, Sarawak mampu diselamatkan jika keluarganya mempunyai RM40 untuk membolehkan mereka menerima rawatan.

Menurut ibu saudara mangsa, Doria Agang, 50, keluarganya kekurangan RM40 untuk menyelamatkan Monica Mazlan, 6, dan adiknya yang berusia 4 tahun, Jackson.

Kisah Menyayat Hati Disebalik Penyakit Anjing Gila (Rabies). “Sepupu saya ialah suri rumah dan suaminya pekerja rencam. Dengan 6 anak berusia 2 hingga 12 tahun, mereka kadangkala menghadapi kekangan kewangan.

“Dua kanak-kanak itu digigit (anjing) sekitar April,” katanya kepada Borneo Post di rumah mangsa di Kampung Paun Rimu Bakung, Serian, semalam.

Dua kanak-kanak itu tidak mendapat rawatan segera kerana keluarga mereka mempunyai masalah kewangan dan mereka hanya mula berkelakuan pelik selepas sambutan Gawai Dayak.

Kisah Menyayat Hati Disebalik Penyakit Anjing Gila (Rabies)


Doria berkata, 2 mangsa itu dihantar ke Klinik Kesihatan Balai Ringin untuk dirawat, tetapi keadaan mereka bertambah teruk pada 24 Jun lalu apabila Monica tiba-tiba sakit teruk dan dimasukkan ke Hospital Serian bersama adiknya.

“Monica yang biasanya agak pemalu dan pendiam, tiba-tiba menjadi sangat peka dan becok,” katanya sambil menambah kanak-kanak itu juga tiba-tiba fasih berbahasa Malaysia.

“Bagi Jackson pula, dia tidak sihat selepas perayaan Gawai Dayak dan sentiasa semput,” katanya.

Kisah Menyayat Hati Disebalik Penyakit Anjing Gila (Rabies)

Doria berkata, kedua-dua kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak apabila keadaan mereka semakin teruk.

Kedua-duanya yang disahkan dijangkiti rabies, kekal dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak dan meninggal dunia semalam.- fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...