Friday, 28 July 2017

Kajol Datang Ke Malaysia

Kajol Datang Ke Malaysia. "Kami tidak sabar menanti kehadiran pelakon kesayangan kami," demikian antara jeritan kata-kata peminat Heroin filem Dilwale, Kajol, 43, yang sedang menanti kehadiran pelakon Bollywood itu di Jalan Masjid India, petang ini.

Difahamkan, kehadiran Kajol ke Malaysia kali ini adalah untuk mempromosi filem baharu lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2.

Menurut Hani, 23, perkhabaran berita mengenai Kajol yang akan bertandang ke Malaysia yang diterimanya semalam membuatkan dia tidak senang duduk.

Kajol Datang Ke Malaysia.  "Saya datang awal petang tadi lagi, tak sabar nak lihat wajah Kajol secara 'live'," katanya kepada Sinar Online.

Sementara itu menurut Alia, 25, dia terus bergegas dari tempat kerjanya untuk 'menyerbu' Kajol.

"Baru sahaja habis kerja bang, terus saya dan kawan-kawan berlari ke sini," katanya.

Manakala menurut Nina, 25, pula berkata dia sangat berhasrat untuk bergambar dengan Kajol.

"Harap dapat peluang kali ini," katanya.

Difahamkan Kajol akan dijadualkan bertemu dengan peminat-peminatnya pada jam 6 petang di pentas utama di, Jalan Masjid India di sini.

Kajol Datang Ke Malaysia


Memetik laporan media tempatan, isteri kepada Ajay Devgan itu akan diiringi oleh hero dan pengarah VIP2 iaitu Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth.

Selain acara bertemu dengan peminat, tetamu yang dibawa khas oleh Malik Streams Corporation itu juga akan mengadakan temu bual dengan beberapa saluran televisyen tempatan bagi mempromosi VIP2.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem tersebut di Malaysia berkata, antara faktor utama dia berminat dengan VIP2 kerana penampilan Kajol dalam filem tersebut.

Kajol Datang Ke Malaysia


“VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014. Filem tersebut mendapat sambutan hangat dan saya yakin VIP2 akan diterima di sini.

“Saya tahu orang Malaysia suka Kajol dan pasti nak menonton lakonannya lagi selepas Dilwale. Lagipun filem ini diarah oleh anak Rajinikanth yang merupakan kenalan saya,” katanya.

Filem yang disiarkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu itu akan menemui penonton di pawagam Ogos ini. - sinar

Kajol Datang Ke Malaysia











Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...