Monday, 24 July 2017

Jamal Yunos Buat Perangai Buruk Lagi..

Jamal Yunos Buat Perangai Buruk Lagi. Angkatan Muda Keadilan  (AMK)  PKR hari ini menuntut Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos agar memohon maaf selepas bertindak mengusung replika Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempersendakan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syed Badli Syed Osman Penolong Setiausaha AMK, Syed Badli Shah Syed Osman (Gambar kiri)  berkata, tindakan Jamal membawa replika itu menaiki MRT laluan Sungai Buloh-Kajang adalah biadap.

Jamal Yunos Buat Perangai Buruk Lagi.  "Perilaku biadap dan rendah moral" seorang pemimpin Umno.

"Jika Jamal merasakan masih ada di dalam sanubari beliau rasa adab dan kesopanan, mohonlah maaf kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

"Namun jika sebaliknya, saya gesa pemimpin tertinggi Umno untuk tampil menasihatkan Jamal supaya bertindak waras.

"Jika langsung tiada apa-apa maklum balas, maka jelaslah Umno ketandusan pemimpin berwibawa dan bermoral, dan wajarlah Umno ditolak pada pilihan raya akan datang," katanya dalam kenyataan seperti dilapor  portal parti itu.

Jamal Yunos Buat Perangai Buruk Lagi


Jamal yang terkenal dengan gimik politiknya pagi ini menaiki tren MRT dari Stadium Kajang sekitar 11 pagi.

Beliau mengusung sepanduk berupa 'cutout' Dr Wan Azizah dengan tulisan berikut: Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.

"Ternyata tindakan Jamal ini mencerminkan sikap sebenar dirinya yang bukan sahaja tidak layak bergelar pemimpin, malah rendah daripada segi adab manusia normal.

"Seharusnya Jamal mempamerkan sikap profesional dan beradap kerana beliau bercita-cita untuk menjadi ketua pemuda Umno.

"Namun sikap yang ditunjukkan bukan sahaja memalukan malah langsung tidak melayakkan diri beliau bergelar pemimpin.

Jamal Yunos Buat Perangai Buruk Lagi


"Mahukah Pemuda Umno mengangkat individu yang rendah moral ini sebagai pemimpin? Adakah sikap begini mencerminkan Umno itu sendiri sudah ketandusan pemimpin yang beradap?" kata Syed Badli Shah. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





5 comments:

  1. Moral seorang yang bergelar dato amat memalukan langsung tidak boleh dibuat tauladan yang sepatutnya dicontohi oleh generasi anak muda jika inilah perilaku seorang yang bertgelar dato makanya gelaran dianugerah oleh Tuanku Sultan itu sudah tiada berharga lagi pada masyarakat yang selalu menyanjung tinggi gelaran yang dianugerahkan.

    ReplyDelete
  2. Biadap dan KURANG AJAR...!!

    ReplyDelete
  3. Corak pmikiran pemimpin melayu umno bn.

    ReplyDelete
  4. Tak boleh saman ke ? Jangan bagi chance dengan orang macam ni.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...