Monday, 24 July 2017

Ini Cara Jamal Yunos Kempen Untuk Jawatan Ketua Pemuda Umno

Ini Cara Jamal Yunos Kempen Untuk Jawatan Ketua Pemuda Umno. Ahli politik Datuk Jamal Yunos hari ini menunaikan ikrar mendedahkan kelayakannya untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno, dan menayangkan video montaj zaman beliau bersekolah rendah dan menengah.

Video kira-kira 10 minit itu mengandungi gambar pemimpin Umno akar umbi itu di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Leman, Sekinchan dan Sekolah Menengah Datuk Mustafa Pasir Panjang, Sabah Bernam.

Ini Cara Jamal Yunos Kempen Untuk Jawatan Ketua Pemuda Umno. Perwakilan Pemuda Umno Pandan nampaknya teruja dengan video itu dan memberikan Jamal tepukan berdiri.

Jamal dalam ucapannya sebelum itu kepada kira-kira 200 perwakilan menggesa kepimpinan Umno supaya tidak mengabaikan suara ahli parti peringkat bahagian.

“Mereka di pucuk pimpinan harus memilih dengan teliti siapa yang bakal menjadi wakil pada pilihanraya akan datang.

“Kita cuma tidak mahu wakil tersebut kelak akan bersekongkol dengan pihak pembangkang,” katanya.

Tayangan video ini seminggu selepas ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berminat untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin yang berhasrat berundur.

Ini Cara Jamal Yunos Kempen Untuk Jawatan Ketua Pemuda Umno


Katanya, langkah itu antara pilihannya jika tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14.

Cita-cita Jamal itu mendapat sokongan ahli majlis pimpinan tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz, yang berkata beliau calon yang baik untuk menggantikan Khairy.

Tawarannya itu bagaimanapun mengundang kritikan dari pembangkang yang mengatakan Umno ketiadaan pemimpin kerana menyokong ahli politik kontroversi itu.

Selepas ucapannya, Jamal pada sidang media berkata dirinya bukan seorang yang “mabuk kuasa” apabila menyasarkan jawatan jawatan yang disandang Khairy.

Ini Cara Jamal Yunos Kempen Untuk Jawatan Ketua Pemuda Umno. “Tapi saya akan pertahankan ‘offer’ saya untuk Khairy melepaskan jawatan beliau. Tapi kalau dia tetap dengan jawatannya yang sekarang, saya tidak akan bertanding kerana beliau yang terbaik untuk jawatan tersebut,” katanya, yang terkenal dengan tunjuk perasaan aneka ragam terhadap kerajaan Selangor. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...