Wednesday, 19 July 2017

India Batal Passport Zakir Naik

India Batal Passport Zakir Naik. Kerajaan India semalam akhirnya membatalkan pasport Dr Zakir Naik selepas pendakwah kontroversi itu gagal memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa India dalam siasatan mengenai pengubahan wang yang dikaitkan dengan ideologi militan.

Media India melaporkan Pejabat Pasport Mumbai semalam membatalkan pasportnya selepas Naik gagal tampil untuk membantu Agensi Penyiasatan Kebangsaan pada 13 Julai lalu.

India Batal Passport Zakir Naik. India memulakan proses pembatalan pasport Naik minggu lalu. Pasportnya dikatakan diperbaharui pada Januari tahun lepas dan ia sah selama 10 tahun, menurut agensi keselamatan India.

Naik meninggalkan India pada Julai 2016, susulan dakwaan pengikutnya terlibat dalam serangan pengganas di Bangladesh.

Pada 18 November 2016, Agensi Penyiasatan Negara (NIA) mendaftarkan kes jenayah terhadap Naik di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan India dan Akta Aktiviti (Pencegahan) Undang-undang.

Organisasi beliau, Yayasan Penyelidikan Islam (IRF), diisytiharkan sebagai persatuan yang menyalahi undang-undang oleh kerajaan.


India Batal Passport Zakir Naik


New Delhi turut mengharamkan IRF dan saluran Peace TV kendaliannya tidak dibenarkan bersiaran lagi.

Beliau juga diberi notis tunjuk sebab oleh pihak berkuasa pasport yang mempersoalkan mengapa dokumen perjalanannya tidak boleh dibatalkan.

Naik yang kerap berulang alik dari Arab Saudi ke Malaysia sebelum ini berkata beliau tidak akan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa India, sebaliknya berkata mereka boleh datang kepadanya.

Sebelum ini, Naik mendakwa beberapa negara sudah menawarkan kewarganegaraan kepadanya.

India Batal Passport Zakir Naik. Naik diberikan taraf penduduk tetap oleh Malaysia dan dipercayai kerap tinggal di Putrajaya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...