Monday, 10 July 2017

Gambar Bom Yang Dipasang Di Kereta Jururawat

Gambar Bom Yang Dipasang Di Kereta Jururawat. Seorang jururawat berhadapan detik cemas apabila menemui sejenis bom buatan sendiri yang dilekatkan di keretanya dalam kejadian di sini malam tadi.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, jururawat berusia 27 tahun terbabit memandu kereta Proton Saga untuk pulang ke rumahnya.


Gambar Bom Yang Dipasang Di Kereta Jururawat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadil Ahmat berkata ketika memandu, jururawat itu terdengar bunyi pelik sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar bagi meminta bantuan.

Hasil pemeriksaan oleh bapa saudara jururawat itu mendapati ada sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan dilekap ada bumper kereta mangsa.

Menurutnya, polis dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

Gambar Bom Yang Dipasang Di Kereta Jururawat


"Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED).

"Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa," katanya hari ini.

Objek terbabit juga didapati mempunyai dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam selain dilengkapi dengan papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.

IED itu telah dimusnahkan di padang bole bersebelahan Balai Polis Kapar dengan robot pemusnah bom.

Gambar Bom Yang Dipasang Di Kereta Jururawat







- harian metro



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...