Sunday, 2 July 2017

DAP Dedah Strategi Baru Najib

DAP Dedah Strategi Baru Najib. Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mendakwa respons setiausaha akhbar perdana menteri malam tadi dengan sendiri menunjukkan Datuk Seri Najib Razak akan melakukan apa sahaja, termasuk membatalkan pendaftaran parti pembangkang itu, untuk kekal berkuasa.

Sehubungan itu, Chin Tong berkata, sama ada Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad sedar yang beliau secara langsung mengesahkan dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP tahun lalu, bermotif politik dengan tujuan mengalih perhatian daripada skandal Najib.

DAP Dedah Strategi Baru Najib. “Adakah beliau sedar yang beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai setiausaha akhbar kepada perdana menteri untuk menakut-nakutkan parti politik yang sah?” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kluang.

Kenyataan balas beliau merujuk kepada respons dikeluarkan oleh Tengku Sarifuddin malam tadi.

Dalam responsnya, Tengku Sariffuddin menasihatkan Chin Tong supaya memberi tumpuan bagi membetulkan kepincangan demokratik dalam partinya dan bukan sebaliknya menjaja berita palsu, memburuk-burukkan dan menyebarkan pembohongan mengenai kerajaan.

Beliau berkata, Chin Tong pada hakikatnya perlu lebih prihatin terhadap masalah serius yang dihadapi partinya kerana DAP tidak pasti sama ada ia akan dibenarkan untuk menggunakan logo roket pada pilihan raya umum akan datang kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan.

DAP Dedah Strategi Baru Najib


“Ini kerana pemilihan parti DAP’ dikatakan dijalankan secara tidak demokratik dengan didalangi oleh Penang Official 1 dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator selama setengah abad ke atas DAP.

“Ini bermakna Setiausaha Agung DAP’, Penang Official 1 (Lim Guan Eng), tidak mempunyai kuasa untuk memberi apa-apa arahan dalam parti kerana beliau tidak diiktiraf secara sah.

“Malah, seluruh kepimpinan DAP terancam dan boleh diisytiharkan haram kerana didakwa melakukan manipulasi dalam pemilihan parti,” kata beliau.

DAP Dedah Strategi Baru Najib


Chin Tong menambah, secara tidak sengaja, kenyataan Tengku Sariffuddin juga mengesahkan pemikiran pasukan Najib yang turut merancang untuk mengharamkan DAP sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Kerajaan telah mencuba sekali sebelum ini, pada tahun 2013 tetapi ia tidak berjaya seperti yang dirancang.”

Katanya, tindakan Pendaftar Pertubuhan terhadap DAP bertujuan untuk memusnahkan parti itu dalam cara yang “paling ganas dan tidak demokratik.”

“Sebenarnya, Najib seperti yang dilihat melalui kenyataan setiausaha akhbar beliau, dengan mudah mengesahkan apa yang saya katakan beliau lemah dari segi politik dan semakin lemah dalam jangkauan strategiknya sendiri pada separuh pertama tahun 2017.

“Tetapi, seperti kenyataan Tengku Sariffuddin, juga menunjukkan, Najib akan melakukan apa saja termasuk untuk membatalkan pendaftaran DAP, untuk berkuasa.”

DAP Dedah Strategi Baru Najib. Chin Tong berkata, ketakutan hidup rakyat Malaysia bermula pada separuh ke-2 tahun 2017 apabila Malaysia memasuki fasa berbahaya di mana perdana menteri yang lemah dan semakin terasing berusaha keras untuk berpaut dengan melakukan segala yang perlu untuk tidak berundur dari jawatan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...