Tuesday, 25 July 2017

Berita Baik Buat Penjawat Awam

Berita Baik Buat Penjawat Awam. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan merancang mewujudkan anugerah piala pusingan kepada agensi kerajaan di negeri ini yang paling banyak melaporkan kes rasuah.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Mohd Samsudin Yusof berkata, penjawat awam yang berani melaporkan kes rasuah juga akan diberikan penghargaan, termasuk kenaikan pangkat daripada jabatan masing-masing.

Berita Baik Buat Penjawat Awam.  “SPRM Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan untuk mengadakan piala pusingan tersebut serta bentuk penghargaan lain,” katanya pada majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 500 anggota dan pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Majlis lafaz ikrar serta menandatangani IBR itu diketuai Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad.

Pada majlis itu, Moh Samsudin turut menyampaikan taklimat dengan tagline SPRM Kelantan iaitu “Tok Sey Rasuah, Lapor Rasuah”.

Dalam perkembangan sama, Din ingin melihat impak besar kepada anggota dan pegawainya.

Berita Baik Buat Penjawat Awam


“Saya berharap ikrar yang dilafazkan akan diterjemahkan dalam fakta berbentuk statistik, iaitu tangkap mereka yang ingin memberi rasuah serta melaporkannya.

“Kita akan kekalkan rekod sejak 2 tahun kebelakangan ini, di mana tiada seorang pun anggota kita yang dilaporkan terbabit dalam jenayah jijik ini,” katanya.

Beliau berkata, rasuah adalah jenayah amat jijik dan cukup jijik sekiranya ia membabitkan penguatkuasa undang-undang.

Berita Baik Buat Penjawat Awam.  Hari ini, seramai 4,000 anggota dan pegawai polis di seluruh Kelantan membaca lafaz ikrar di ibu pejabat polis daerah masing-masing. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Takut la. Kang yg buat report pula kena dakwa. Tak mau la

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...