Tuesday, 4 July 2017

Akhirnya PAS Bersuara..

Akhirnya PAS Bersuara. Muktamar Pas ke-63 baru-baru ini menegaskan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mesti dibatalkan.

Ini kerana menurut Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, kaedah percukaian itu bercanggah dengan Islam dan hukumnya adalah haram.

“Ini kerana GST dikenakan kepada semua rakyat termasuk orang miskin atas perbelanjaan mereka,” katanya.

Akhirnya PAS Bersuara. Menurutnya, di saat kerajaan melakukan pembaziran dalam perbelanjaan adalah tidak layak untuk kerajaan menuntut rakyat menanggung perbelanjaan itu melalui cukai GST.

“Kerajaan sepatutnya mengenakan cukai kepada kelompok kaya melalui sumber seperti, cukai simpanan korporat dan cukai atas keuntungan jual beli saham di bursa saham. Ini antara cukai yang harus dikenakan kepada golongan berada,” katanya.

Mahfodz berkata, cukai alternatif ini merupakan kewajipan daripada orang kaya untuk agihan kepada golongan miskin dan bertepatan dengan kaedah percukaian dalam Islam.

Akhirnya PAS Bersuara


“Tuntutan lain termasuk utamakan membasmi ekonomi berasaskan riba, sosial wakaf sedekah diperkasakan, hasil tadbir urus cemerlang untuk diagihkan kepada yang memerlukan serta wujudkan pasaran beretika,” katanya. GST mula berkuat kuasa pada 1 April 2015. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. Kah! kah! kah! kah!
    Lebai weh, actions speaks louder than words!!

    ReplyDelete
  2. Bagus dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga dilaporkan mula menjarakkan diri dari pimpinan apabila. " ...sebaliknya berkata, tidak mengejutkan tindakan agensi penguatkuasa (jabatan kehakiman Amerika) itu terhadap 1MDB lantaran kegagalan Malaysia sendiri memainkan peranannya." ( Shahbuddindotcom, 3 Julai 2017).
    Semoga kita semua terus di beri taufiq dan hidayah oleh Allah S.W.T. Amin.

    ReplyDelete
  3. Hahaha!!!
    Lebai Pas fikir seme rakyat berfikiran tahap walaun dlm perigi buta, tak tau yg MP Pas tak tentang pun semasa ngundi dlm parliamen

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...